Lagu ini dipost oleh seorang kawan di dalam facebook. Saat mendengarkannya hati jadi tersentuh kerana ia khusus untuk wanita.
Wanita adalah hiasan dunia dan sebaik-baik hiasan adalah wanita solehah. Semoga kita menjadi sebahagian daripadanya. InsyaAllah. Dengarlah dan hayati lirik lagu ini.
Friday, November 26, 2010
Betulkan pemikiran kita
Assalamualaikum wbt, salam pagi penuh barakah. Pagi ini selepas membaca sebuah blog yang sememangnya diikut selama ini minda mula berputar berfikir tentang sikap dan corak pemikiran yang selama ini didukung dibawa ke mana saja.
Hendak tahu blog tersebut boleh klik link ini http://keretamayat.blogspot.com/2010/11/fatwa-kaum-beruk.html
Mungkin ayatnya agak kasar tetapi siapa kita untuk pertikaikan kerana ia hak masing-masing. Tak perlu mengulas tentang penulis dan juga cara penulisannya tapi buka hati buka minda kita memikirkan isi penulisan yang disampaikan.
Fatwa beruk? Ya, memang ramai umat manusia yang di luar sana suka mengeluarkan fatwa jenis itu. Tak perlu mencari jauh. Renung cermin dan lihat orang di hadapan itu juga selalu mengeluarkan 'fatwa beruk' sendiri. Kenapa? kerana mahu menyedapkan hati masing-masing.
Marilah kita sama-sama betulkan pemikiran yang selama ini kita bawa ke hulu hilir. Pemikiran yang bukan saja merosakkan hati dan akal tetapi juga menjauhkan kita dari rahmat Allah SWT.
'Tak semua yang bertudung itu baik.' Pernah dengar ucapan seumpama ini? Tiada salahnya ucapan ini. Betul, tak semua yang bertudung itu baik. Namun jika dibandingkan mereka yang bertudung dengan yang tidak bertudung mereka yang bertudung itu jauh lebih baik bukan. Mereka cuba menutup aurat dan kenapa perlunya ucapan sinis yang hendak menjatuhkan orang lain semata-mata mahu menutup kesalahan sendiri? Sesungguhnya manusia hanyalah hamba Allah SWT yang lemah tidak sempurna.
Niat untuk menutup aurat. Perlukah wujud perkara seperti ini? Menutup aurat itu WAJIB! Tiada kompromi dengan undang-undang yang Allah SWT telah tetapkan untuk kita. Kita tahu tapi kita abaikan dan mengeluarkan kata-kata penyedap untuk menutup kesalahan yang dibuat. Begitukah? Jangan jadi si bodoh yang bercakap tanpa berfikir.
Menutup aurat atau menutup rambut semata? Teringat satu blog yang pernah dibaca dulu. Maaf tidak dapat menyertakan link di sini. Blog yang ditulis oleh seorang lelaki yang mempersoalkan niat seorang perempuan bertudung. Bertudung untuk menutup aurat atau rambut semata? Bentangkan pandangan ke sekitaran. Ramai yang bertudung. Syukur alhamdulillah. Tapi mengapa dada terdedah? Tudung disingkatkan untuk menutup rambut saja tetapi dada dibentang luas sebagai santapan mata lelaki. Cuba baca syarat-syarat menutup aurat http://dielasunan.blogspot.com/2010/11/syarat-pakaian-muslimah.html dan fikirlah di mana pemikiran kita sebenarnya.
Fikirlah. Jangan hanya kerana berlandaskan alasan 'arus moden dunia' kita meninggalkan apa yang sepatutnya kita miliki. Jangan hanya kerana mahu menutup kesilapan diri kita menutup kebenaran yang tidak dapat disangkal oleh hati kita. Sedarlah bahawa sesungguhnya 'arus moden dunia' yang kita fikirkan sebenarnya adalah zaman jahiliah yang pihak kafir cuba untuk tanam dalam hati kita.
Masih banyak sebenarnya yang boleh dijadikan tajuk perbincangan dan dibetulkan kerana manusia penuh dengan 'fatwa beruk'. Tapi cukuplah setakat ini. Allah SWT kurniakan kita dengan akal. Maka berfikirlah berlandaskan agama bukan nafsu.

Wednesday, November 24, 2010
Syarat pakaian muslimah
Bagi semua muslimah tentunya syarat berpakaian diketahui. Betullah apa yang kamu fikirkan pakaian yang dipakai haruslah menutup aurat seperti mana yang disarankan oleh agama kita. Namun begitu molek sekiranya kita merenung kembali diri kita lewat pantulan cermin dan bertanya, apakah begini pakaian yang seharusnya dipakai sebagai wanita muslim ketika berada di khalayak ramai?
Firman Allah SWT:
"Wahai anak-anak Adam, sesungguhnya Kami telah menurunkan kepada kamu (bahan-bahan untuk) menutup aurat kamu, dan pakaian perhiasan, dan pakaian berupa takwa itulah yang sebaik-baiknya. Yang demikian itu adalah dari tanda-tanda (limpah kurnia) Allah (dan rahmatNya kepada hamba-hambaNya) supaya mereka mengenangNya (dan bersyukur)"

(surah Al-A'Raf : 26)
Syarat berpakaian bagi seorang muslimah umum telah mengetahui namun molek juga jika kita renungkan kembali garis panduan sebenar yang Allah SWT telah tetapkan untuk kita sebagai hambaNya.
1) Pakaian yang dipakai itu haruslah menutup seluruh aurat
Aurat bagi seorang perempuan merangkumi seluruh tubuh badan kecuali muka dan kedua tapak tangan. Jika berada bersama mahram aurat perempuan hanya sebatas dari pusat hingga ke lutut namun kita dituntut agar berpakain sopan walau dengan siapa pun kita bersama.
2) Pakaian tersebut hendaklah tebal yakni tidak jarang sehingga boleh menampakkan warna kulit
Sabda Rasulullah SAW :
"Ada dua golongan ahli neraka yang daku belum pernah lihat sebelum ini. (Pertama) Lelaki yang mempunyai cemeti seumpama ekor lembu (yang digunakan untuk) memukul orang secara zalim. (Kedua) Segolongan perempuan yang berpakaian tetapi bertelanjang yang seleweng serta menyelewengkan, di atas kepala mereka seumpama bonggol unta. Mereke tidak akan dapat masuk syurga dan menghidu baunya, sesungguhnya bau syurga itu benar-benar dapat dihidu dari jarak begini dan begini (amat jauh)."
(Riwayat Imam Muslim)
3) Pakaian itu mestilah longgar, lapang atau luas yakni tidak terlalu ketat
Usamah bin Zaid RA telah berkata: Baginda Rasulullah SAW telah memakaikan aku sejenis pakaian yang tebal di mana pakaian itu ialah hadiah daripada Dihyah Al-Kalbi RA kepada baginda. Kemudian aku pakaikan pakaian itu kepada isteriku. Baginda lantas bersabda: "Suruhlah isterimu mengenakan pakaian lain di sebelah dalam kerana khuatir pakaian tersebut menonjolkan bentuk rangka atau tubuhnya."
(HR Imam Ahmad)
4) Pakaian itu tidak dikenakan wangi-wangian
Ini adalah kerana wangi-wangian boleh menarik perhatian dan menimbulkan fitnah atau godaan kepada lelaki.
Sabda Rasulullah SAW :
"Seseorang perempuan yang memakai minyak wangi kemudian melalui (melintasi) di hadapan suatu kaum (lelaki) agar mereka menghidu baunya maka ia dianggap umpama berzina. Begitu juga setiap mata yang melihatnya dianggap umpama berzina."
(Riwayat Al-Nasai, Ibn Khuzaimah dan Ibn Habban)
5) Pakaian itu bukanlah pakain untuk kemahsyuran dan menarik perhatian (menjolok mata) serta untuk sombong dan takabbur
Sabda Rasulullah SAW :
"Barangsiapa yang memakai pakaian kemahsyuran (untuk mahsyur) di dunia maka Allah SWT memakaikannya pakaian kehinaan pada hari kiamat, kemudian Allah SWT membakarnya dengan api neraka."
(Riwayat Imam Ibn Majah)
6) Jangan sesuatu yang digunakan untuk menutup aurat itu sendiri merupakan perhiasan
Contohnya, mahkota yang diletakkan di atas kepala dan membuat rambut palsu. Ini adalah kerana kedua-dua pakaian tersebut membawa kepada fitnah atau tergoda oleh pemakainya.
Rasulullah SAW melarang mengenakan perhiasan kecuali untuk suami di samping memberi amaran kepada perempuan muslimah agar tidak meniru perempuan Yahudi yang berhias untu menarik perhatian lelaki.
7) Pakaian tidak menyerupai perempuan kafir
Sabda Rasulullah SAW:
"Barangsiapa yang menyerupai sesuatu kaum maka ia termasuk dalam golongan mereka."
(Riwayat Abu daud dan Ahmad)
"Tidak termasuk dalam golonganku orang yang menyerupai (meniru) umat lain."
(Riwayat Al-Tarmizi)
Sheikh Atiyyah Saqr berkata : "Saya rasakan syarat ini sudah tidak dihiraukan oleh sebahagian wanita Islam kerana mereka berusaha sedaya upaya untuk memakai pakaian ala barat walaupun harganya mahal. Golongan kafir khususnya telah mencipta fesyen-fesyen pakaian yang menggiurkan agar dibeli dan dipakai oleh perempuan Islam walaupun pakaian itu menampakkan bahagian-bahagian sensitif."
8) Pakaian itu tidak menyerupai pakaian yang khusus untuk lelaki
Rasulullah SAW melaknat kaum lelaki yang menyerupai perempuan dan kaum perempuan yang menyerupai kaum lelaki. (Riwayat Al-Bukhari)
Tuesday, November 23, 2010
Kata-kata hikmah Sheikh Abdul Kadir Jailani
kata2 hikmah Sheikh Abdul Kadir Jailani. Semoga menjadi pedoman untuk kita semua, insyaAllah.
1. Apabila kamu bertemu dengan seseorang,maka lihatlah kelebihan yang ada padanya.Dan engkau katakanlah kepada dirimu sendiri,"Mudah-mudahan jadilah dia di sisi Allah lebih baik daripada aku dan semoga Allah mengangkat darjatnya."
2. Sekiranya dia adalah orang yang lebih muda daripada engkau, katakanlah," Dia belum menderhaka kepada Allah.Maka tidak ragu lagi dia lebih baik daripada aku."
3. Sekiranya dia adalah seorang yang lebih tua daripada engkau,maka katakanlah," Dia adalah orang yang lebih dahulu menyembah dan berbakti kepada Allah daripada aku."
4. Sekiranya dia adalah orang alim,maka katakanlah," Dia telah diberikan oleh Allah apa yang aku tidak perolehi dan dia mengetahui apa yang aku tidak tahu."
5. Sekiranya dia adalah seorang yang jahil,maka katakanlah," Dia adalah orang yang menderhaka kepada Allah kerana kejahilannya. Sedangkan aku menderhaka kepada Allah dalam keadaan aku
mengetahui bagaimanakah kesudahanku dan kesudahannya. "
6. Sekiranya dia adalah seorang yang kafir,maka katakanlah," Aku tidak tahu,mungkin akhirnya dia dia memeluk Islam dan mati dalam keadaan Husnul Khatimah dan mungkin aku jadi kafir dan mati dalam keadaan Suul Khatimah."

Wednesday, October 27, 2010
Tinggal atau ditinggalkan
Salam muhasabah. Agak lama membiarkan blog ini kosong tanpa sebarang pengisian langsung dari tinta penulisan. Kesibukan dan ketiadaan waktu untuk berfikir mungkin menjadi antara penyebabnya namun paling utama penulisan di sini tertunda kerana ketiadaan sumber untuk bermeditasi.
Begitulah hidup manusia masih mengharap dan terus mengharap keizinan Allah SWT untuk melangkah ke arah sesuatu. Betapa lemahnya diri dirasakan. Namun pengharapan itulah yang dituntut oleh Allah SWT daripada kita agar kita tidak lupa bahawasanya kita ini adalah HAMBA yang tidak sempurna.
Seiring beralihnya waktu dunia juga semakin lelah melihat ulah manusia yang semakin lama semakin lupa pada tanggungjawab serta amanah yang dititipkan seusai nyawa ditiupkan ke dalam jasad. Adakah arus kemodenan telah melenyapkan rasa penghambaan yang telah dititipkan oleh Allah SWT melalui utusan para rasulNya? Atau manusia sememangnya hamba yang tidak tahu bersyukur?
Dunia kini melihat mereka yang masih berpegang kepada sunah adalah mereka yang ketinggalan zaman atau masih hidup di zaman kemunduran. Benarkah? Siapakah yang ketinggalan sebenarnya? Muslim yang masih berpegang pada sunah dan syariat atau muslim yang hanya berpegang kepada nama Islamnya sahaja?
Bagaimana sekiranya kita membawa akal kita untuk berfikir melewati jaringan masa. Berfikir dan melihat perbezaan hidup di zaman dahulu dan merungkai persoalan isu kemodenan yang dibanggakan oleh masyarakat pada hari ini.
Sebelum kedatangan Islam bagaimana corak kehidupan masyarakat jahiliah? Mereka hidup dalam kemaksiatan. Darjat dan harta menjadi ukuran untuk setiap langkah. Wanita pula berada di kedudukan yang paling bawah. Bagi mereka tiada tempatnya wanita di kalangan masyarakat dan wanita hanya layak dijadikan tempat untuk memuaskan nafsu. Begitu rendahnya martabat seorang wanita itu di sisi masyarat Arab Jahiliah.
Setelah kedatangan Islam corak kehidupan mulai berubah. Islam mengharamkan penghambaan, meningkatkan maruah dan kedudukan seorang wanita di kalangan masyarakat dan menolak kasta yang terbina kerana harta dan darjat. Begitu indahnya Islam.
Namun, bagaimana kehidupan masyarakat pada hari ini? Harta dan pangkat menjadi kayu ukuran di mana-mana saja, maksiat dilakukan tanpa perasaan segan dan silu dan martabat wanita pula wanita sendirilah yang menjatuhkannya. Lalu apakah ini yang dinamakan kemodenan sedangkan corak kehidupan ini sama dengan corak kehidupan arab jahiliah di zaman dulu? Siapakah yang ketinggalan zaman sebenarnya?
Rasulullah SAW bersabda,
"Akan muncul di akhir umat ku wanita-wanita yang berpakaian namun hakikatnya bertelanjang. Di atas kepala mereka terdapat sesuatu (mirip) punuk (bonggol) unta. Mereka tidak akan masuk syurga dan tidak juga akan mencium aroma syurga. Padahal bau syurga itu dapat dicium dari jarak sekian dan sekian"
Lihatlah wahai kaum wanita, Islam telah membantu kita dan sekarang kita jugalah yang menghancurkannya. Kenapa? Mengapa begitu rendah maruah dipertaruhkan?
Apakah perlu membuka aurat untuk mendapatkan perhatian ramai? Apakah perlu mengenakan pakaian yang ketat sehingga menampakkan bentuk tubuh untuk memberitahu bahwa kamu mengikut arus modennya dunia? Di mana letaknya maruah mu sebagai wanita? Adakah hidup mu di dunia hanya ingin menjadi santapan mata lelaki lalu di akhirat menjadi kayu pembakar api neraka?
Sabda Rasulullah SAW,
"Dunia ini adalah perhiasan, dan sebaik-baik hiasan adalah wanita solehah"
Kita hanya boleh menasihati dan selebihnya adalah hak Allah SWT. Sekiranya ada yang terasa hati ampun dan maaf dihulurkan. Kita hanya hamba yang lemah dan tidak sempurna penuh dengan silap dan khilaf.

(HR. Muslim)
Lihatlah wahai kaum wanita, Islam telah membantu kita dan sekarang kita jugalah yang menghancurkannya. Kenapa? Mengapa begitu rendah maruah dipertaruhkan?
Apakah perlu membuka aurat untuk mendapatkan perhatian ramai? Apakah perlu mengenakan pakaian yang ketat sehingga menampakkan bentuk tubuh untuk memberitahu bahwa kamu mengikut arus modennya dunia? Di mana letaknya maruah mu sebagai wanita? Adakah hidup mu di dunia hanya ingin menjadi santapan mata lelaki lalu di akhirat menjadi kayu pembakar api neraka?
Sabda Rasulullah SAW,
"Dunia ini adalah perhiasan, dan sebaik-baik hiasan adalah wanita solehah"
(HR. Muslim)
Sekarang bwalah minda kita untuk berfikir sejanak. Siapakah yang tertinggal dan siapa pula yang meninggalkan? Jangan biar bumi menangisi gerak sumbang kita. Hayunlah langkah mengikut irama indah Islam kerana tiada sesautu yang Allah SWT ciptakan melainkan untuk kebaikan hambaNya. InsyaAllah.Kita hanya boleh menasihati dan selebihnya adalah hak Allah SWT. Sekiranya ada yang terasa hati ampun dan maaf dihulurkan. Kita hanya hamba yang lemah dan tidak sempurna penuh dengan silap dan khilaf.
Wednesday, September 29, 2010
Choices
Choices adalah pilihan dan pilihan adalah choices. Ramai yang tahu maksudnya tetapi tahukah makna disebaliknya? Pilihan adalah hak kita sebagai manusia dan semenjak lahir kita dikemukakan dengan pelbagai pilihan di mana sebagai manusia kita harus memilih sama ada hendak memilih jalan di kiri atau jalan di kanan.
Pilihan jugalah yang menentukan kitar hidup seseorang. Segalanya di tangan kita. Sebagai hamba Allah kita hanya mampu merancang tetapi Allah SWT juga yang menentukan. Begitulah yang sepatutnya. Pilihan mampu membentuk siapa kita pada hari ini.
Hendak menjadi seorang yang berjaya atau tidak terletak di tangan kita. Hendak menjadi seorang yang dihormati atau dibenci juga adalah pilihan kita. Baik atau buruk mulanya dari diri kita sendiri. Tidak perlu menuding jari menyalahkan ibu, bapa atau mereka yang ada di sekeliling kita. Cermin dahulu diri kita sebelum berani meluruskan jari telunjuk ke arah orang lain.
Setiap pilihan sebenarnya datang dengan risiko yang harus kita pikul. Tiada apa di dunia ini yang datang tanpa dengan sendiri. Jika ada sebab pasti wujud musababnya dan risiko adalah 'isteri' kepada pilihan yang kita buat dan risiko adalah perkara hak yang akan kita tanggung di kemudian hari sebagai impak hasil daripada pilihan yang kita buat. Oleh itu buatla pilihan yang terbaik di dalam hidup ini.

Friday, August 20, 2010
My Love Letter
Salam ramadhan al mubarak buat semua. Sepanjang bulan keberkatan ini sudah pasti ramai antara kita yang mula berjinak-jinak dengan masjid, mula berhias mengikut aturan Islam dan mula mencari amal kebaikan. Tidak mengapalah kerana sesungguhnya bulan ramadahn kita sememangnya digalakkan untuk berbuat kebaikan tetapi jangan pula berbuat kebaikan di bulan ini saja. Harus diteruskan sehingga di akhir hayat kita, insyaAllah aminn.
Surat cinta ku
Allah SWT mengurniakan manusia dengan seberkas kasih sayang dan perasaan cinta kepada sesama manusia tidak kira sama atau berlainan jantina. Namun begitu, pernahkah kita terfikir tentang rasa cinta yang kita alami itu berdasarkan syariat Islam atau menurut nafsu semata-mata. Jangan lupa, walaupun syaitan dirantai di bulan ramadhan yang mulia ini namun anak didiknya yakni nafsu masih tetap mendampingi kita.
Apabila sudah dilamun cinta mulalah menghantar kata-kata berbaur rasa kasih dan sayang kepada si dia. Biasanya menggunakan ayat-ayat lewat taipan sistem mesej singkat (sms) atau ada yang lebih advance dengan meluahkan melalui kata-kata.
Surat cinta biasanya dilakukan ditulis oleh lelaki kepada si perempuan. Surat itu tak kiralah ayat-ayat singkat atau apa jua bentuk tulisan. Itu boleh kita kategorikan sebagai surat cinta kerana si penerima pasti akan memanggil ayat-ayat contengan mesra sang kekaksih di buku notanya sebagai surat cinta waima hanya serangkap pantun.
Bila sudah terima surat cinta hati mulai berbunga ria. Senyum simpul sampai ke telinga. Hendak tidur pun masih terkenang surat tadi. Begitu hebat sekali penangan surat cinta sang kekasih. Tahukah bahawa hanya dengan berperasaan sedemikian kita sebenarnya sudah melakukan dosa? Meletakkan cinta utama kepada manusia yang belum tentu menjadi pasangan kita padahal cinta utama itu adalah hak Allah SWT.
Surat cinta Allah SWT
Itu tentang kisah surat cinta seorang manusia kepada manusia yang lainnya. Ini kisah surat cinta Allah SWT kepada hamba-hamba Nya. Surat cinta inilah yang sepatutnya kita baca. Kita hayati isi kandungannya malah kita fahami maksud tersirat yang Allah SWT sampaikan untuk umat manusia.
Al-Quran Nur Karem diturunkan di bulan ramadhan yang penuh keberkatan. Mengingatinya saja kita sebenarnya sedang menghantar isyarat cinta kepada Ya Rabb apatah lagi membaca dan memahaminya. Ditambah lagi jika kita mempraktikkan di dalam kehidupan seharian.
Manusia semakin lama semakin lupa akan hakikat ini. Mereka tahu tetapi buat-buat tidak tahu. Sedarkah bahawa sekiranya kita semakin jauh dari Al-Quran kita akan semakin dekat dengan syaitan, semakin jauh dari syurga dan semakin dekat dengan neraka? Mahukah kita menjadi kayu api pembakar neraka Jahannam? Mari sama-sama kita fikirkan.
Cuba kita renungkan kembali umat yang hidup di zaman Rasulullah dan para sahabat. Medan jihad menjadi ladang mencari redha Allah SWT dan masjid-masjid mereka bersinar oleh pancaran sujud-sujud mereka. Ini adalah kerana mereka sedar dan yakin bahawa Al-Quran adalah sumber peradaban yang dapat mengubah mereka melebihi peradaban dunia bila pun dan di mana pun.
Jadikanlah Al-Quran Love Letter yang dikenang, diingat, diamal dan dibaca setiap hari kerana insyaAllah Love Letter yang ini mampu menjadi pembela kita di akhirat kelak.
Subscribe to:
Posts (Atom)