Dunia penuh dengan kejutan. Tanpa kira masa dan detiknya kita dipertemukan dengan sesuatu yang baru dan semuanya punyai hikmah yang tersendiri kerana Allah tidak akan membiarkan hamba-hambaNya hidup dalm keadaan yang sia-sia melainkan manusia itu sendiri la yang mensiakan hidupnya.
Baru-baru ini tersadai dua hari semalam di Nur Laman Bestari, Hulu Yam, Selangor atas nama Explorasi Jati Diri anjuran kolej kediaman. Banyak yang ditimba dan kebanyakan perkara yang berlaku membuat akal sihat ini berfikir.
Semoga Allah menempatkan kita ke dalam golongan golongan yang dikehendakinya; yang beroleh kebaikan sebagaimana yang di sabdakan oleh Rasulullah saw:
“Apabila Allah berkehendakkan kebaikan bagi hambaNya, maka akan difakihkannya dengan agama, dizuhudkannya dengan dunia dan diperlihatkan kesalahan-kesalahannya”
(Riwayat Baihaqi dari Anas r.a)
Sesungguhnya syaitan adalah musuh kita yang nyata, yang sentiasa menyerukan kepada kesesatan dan kehancuran, yang sentiasa membaluti kemungkaran dengan kebajikan untuk mengaburi mata sekalian manusia kecuali hamba hamba Allah yang ikhlas.
“Iblis berkata: “Ya Tuhanku, oleh sebab Engkau telah memutuskan bahwa aku sesat pasti aku akan menjadikan mereka memandang baik (perbuatan maksiat) di muka bumi, dan pasti aku akan menyesatkan mereka semuanya, kecuali hamba-hamba Engkau yang mukhlis di antara mereka”.
(Al Hijr 15:39-40)
Inilah yang berlaku apabila manusia lalai dan mulai lupa akan tanggungjawab dan amanah yang harus dipikul sebagai hamba Allah dan syaitan laknatullah tidak pernah lupa pada janjinya untuk menyesatkan seberapa ramai umat manusia di muka bumi ini.
Pernah suatu ketika dulu seorang hamba Allah menjadi pemimpin kepada diri ini dan waktu itu mungkin dunia remaja yang hanya mahukan keseronokan tidak memandang jalan yang terbentang walau berkali-kali sahabat memegang tangan ini supaya bersamanya melangkah di atas jalan yang sama.
Semakin dewasa pengalaman indah berjemaah bersamanya kian lupus. Mungkin sebab masih tidak mampu melihat atau mungkin juga kerana persekitaran yang menutup mata hati sehingga lupa pada perasaan indah berjemaah bersama sahabat ketika di sekolah. Solat ditunaikan tetapi lebih suka bersendiri menunaikannya walau peluang itu terlalu banyak dibuka.
Di Explorasi Jati Diri mereka mendedahkan semula pengalaman lampau. Seorang teman tanpa bersoal bersetuju menjadi imam bagi kami wanita dan seorang mengiqamahkan. Alangkah indah perasaan itu. Perasaan yang tidak mungkin dirasai ketika bersama orang-orang dulu.
Dunia mungkin berbeza tetapi kita masih di bawah langit yang sama memijak di bumi yang sama dan bertuhankan Yang Maha Esa.
Friday, May 21, 2010
Thursday, April 22, 2010
Syukur dia mengerti
Rintik hujan turun membasahi bumi yang kian gersang dek bahang kepanasan. Mungkin kepanasan ini petanda bahawa dunia sudah tidak mampu menanggung dosa-dosa hitam manusia yang berTuhankan nafsu dan harapan semoga rintik hujan mampu membasuh pergi segala dosa yang manusia perbuat.
Hampir setiap hari dada akhbar memaparkan cerita yang sama baunya. Bermula dengan khalwat yang dianggap perkara biasa di zaman yang serba moden lalu umat Islam tidak malu segan bermaksiat di khalayak ramai. Konon mahu menunjukkan kepada dunia bahawa diri mereka sedang dilamun cinta dan darah muda ini tidak dapat menahan gelora asmara. Hasilnya tetap sama, anak luar nikah!
Bagaimana ingin membendung masalah yang kian meruncing ini sedangkan di peringkat akar umbi lagi kita sudah mengajar anak-anak kita perkara-perkara yang tidak sepatutnya. Ibubapa sendiri sudah cukup untuk menjadi titik tumpuan anak-anak tetapi kalau ibubapa sendiri melakukan maksiat jadi bagaimana dengan anak-anak?
Di mana pula tanggungjawab kita sebagai ahli masyarakat? Sebagai kawan? Sebagai guru? Adakah dengan hanya melihat, mengeji dan membenci perkara tersebut kita mampu mengatasinya? Atau adakah dengan hanya membincangkan di meja makan isu tersebut kita mampu membendungnya?
Semalam menjamu makan malam bersama rakan. Rancak bercerita lalu terkeluar soalan tentang hubungan yang terjalin di antara dia dengan seorang lelaki. Jauh di sudut hati kecil ini terselit sedikit kekhuatiran di atas hubungan yang terjalin. Bukan sebab takut lelaki itu mempermainkan dirinya tetapi takut andai keduanya tumpas di tangan nafsu.
Berjauhan dari keluarga akan membuka banyak peluang kepada kita dan diantara peluang-peluang ini tidak semuanya berguna. Andai tersilap memilih jalan maka kita akan tersesat. Sebagai rakan apa yang mampu dilakukan hanyalah menasihati. Terpulang kepada individu tersebut sama ada hendak menerima atau membuang pergi nasihat ini.
Mula-mula takut juga hendak meluahkan apa yang terbuku di sudut hati kecil kerana bimbang pihak sana akan terasa hati dan menganggap niat baik ini sebaliknya. Tapi entah dari mana kekuatan itu tiba dan bibir ini lancar saja menutur bicara lembut.
Menanti reaksi dari dia dan syukur alhamdulillah dia mengerti malah berterima kasih kerana telah menyedarkan dia dari perkara yang dilupakan. Mungkin dia tidak menyedari kesilapan yang dilakukan kerana perasaan yang tertutup dek nafsu dan sebagai rakan yang menjadi kebergantungan di kala jauh dari keluarga hanya ini yang mampu dilakukan. Langkah seterusnya hanya dia yang mampu mengubahnya.
Nafsu begitu mudah menggembleng hati nurani kita supaya mengikut jejaknya. Harus disematkan di dalam sanubari bahawasanya nafsu itu adalah anak didik syaitan yang ditinggalkanya di dalam hati dan untuk melawannya hanya hati kita yang mampu.
Sunday, April 11, 2010
Simposium kepenggunaan Islam
Sebuah simposium anjuran pengguna bumiputera telah berlangsung di dewan kuliah 2 UTHM. Objektif utama adalah untuk mendedahkan pengguna Islam tentang bahayanya makanan dan minuman haram yang disampaikan oleh Dato' Nooh dengan penuh karisma.
Betapa bahayanya makan dan minum daripada sumber yang haram sehingga boleh membawa kepada kemusnahan sebuah institut kekeluargaan. Mungkin ramai yang memandang perkara ini sebagai perkara yang remeh namun dari sinilah sebenarnya punca kepada setiap perkara.
Contohnya dalam kes buang bayi. Mungkin ramai yang menyangkal bahawa penyebab utama kepada masalah ini adalah makanan dan minuman. Makanan dan minuman yang ditelan akan menjadi darah dan daging. Apabila yang ditelan itu bukan daripada sumber yang halal maka ia akan membawa kita ke jalan yang salah.
Begitu juga dengan doa yang kita pohonkan selama ini. Sekiranya selama ini kita menelan makanan dan minuman dari sumber yang salah insyaAllah doa yang dipohon tidak akan dimakbulkan. Mustahil Allah akan memperkenankan doa kita seandainya daging tubuh diselaputi daging haram.
Hidayah dan taufiq tidak akan bercampur dengan daging yang haram. Hidayah hanya akan bercampur dengan daging yang bersih. InsyaAllah sekiranya kita menyelaputi daging tubuh kita dengan daging yang bersih jadi tidak mustahil hidup kita akan menjadi tenang.
Suka kiranya di sini dikongsi bersama sebuah cerita tentang seorang ahli korporat yang berjaya. Hidupnya walaupun dilimpahi dengan kemewahan namun keluarganya bagai seharmoni keluarga lain. Isteri dan anaknya langsung tidak menghormatinya seolah dia tidak wujud bagi mereka.
Ahli korporat ini telah meminta nasihat daripada seorang ustaz dan dia mengaku tidak menjadi pemimpin yang baik kerana selama ini dia sendiri tidak pernah menunaikan solat apatah lagi ahli keluarganya. Dia juga mengaku selama ini tidak pernah menunaikan zakat.
Ustaz ini akhirnya telah menasihati ahli korporat berkenaan supaya melakukan tiga perkara. Pertama, bawa keluarga untuk menunaikan solat. Kedua, tunaikan zakat. Ketiga, berbuat baik kepada kedua orang tua dan ahli keluarga yang terdekat.
Kesimpulannya jadilah manusia itu yang sentiasa mendahului hak Allah dalam setiap perkara. Pastikan apa yang kita makan dan minum itu daripada sumber yang halal dan bersih.

Friday, April 9, 2010
Jauh dari landasan untuk sekali lagi
Sekali lagi diri ini jatuh dari landasan sebenar. Iman senipis atau mungkin lebih tipis daripada kulit bawang ini dikocak nafsu yang satu dari sembilan. Keinginan untuk kelihatan seperti gadis yang lain telah membuat diri lupa akan perkara yang selama ini ingin diraih.
Mustahil akan diberkati doa yang dipinta selama ini andai arahan semudah itu tidak dapat dilakukan. MasyaAllah, rendahnya maruah di ketika itu.
Bukan tidak tahu atau lupa tetapi keinginan itu mengatasi segalanya lalu sekali lagi…ya sekali lagi doa itu dikotori…impian itu dirobek.
Begitu mudah hati ini terjerat dengan nafsu dan dikala malam menjelma dosa yang dilakukan disesali. Beginikah lumrah yang ingin dilalui saban hari? Bila berkeinginan maka laranganNya dipinggirkan dan bila ingin meminta maka berpura-pura untuk menagih simpati Nya berjanji untuk tidak mengulangi seakan Allah tidak melihat apa yang tersirat di hati selama ini.
Insan lemah ini perlukan pembimbing untuk bersama melangkah mencari keredhaan Ilahi. Ada yang ditemui tetapi dia telah meminggir jauh kerana takdir tertulis begitu.
Di hati ini tersimpul impian yang terpendam jauh ke dasar. Entah bila akan tertunainya impian jika setiap detik nafsu tidak mampu ditangani.

Thursday, March 25, 2010
Terus mencari
Dalam keadaan yang masih longlai penulisan ini diteruskan. Kesakitan yang dialami ditahan sedayanya. Bukan kesakitan biasa. Ini penyakit yang diperolehi semenjak bergelar gadis. Hanya seorang wanita yang biasa memahaminya.
Pernahkah merasai kehilangan? Bukan kehilangan biasa. Kehilangan yang kita sendiri tidak tahu apa benda yang hilang. Terus mencari walau hati menegaskan supaya mencari dulu 'benda' itu.
Suatu ketika kita hanyut dalam mengejar impian dan cita-cita sehingga tidak sedar bahawa kita telah kehilangan sesuatau yang kita miliki dahulu. Ibaratnya yang dikejar tak dapat tapi yang dikendong berciciran.
Lumrah kehidupan, menempuhi saat-saat kesukaran dan selepasnya baru merasai kebahagiaan. Tapi dalam kebahagiaan kita justeru lupa saat kesukaran. Tidak mengambil pengajaran daripadanya lantas menghapuskan terus memori kesukaran itu dari dalam ruang ingatan. Begitukah yang sepatutnya berlaku?
Kesukaran, musibah, dan segala macam bencana adalah ujian yang harus ditempuhi. Itu yang menjadi pegangan kita. Namun kebahagiaan, kejayaan dan seumpamanya juga adalah ujian. Jangan takbur dengan apa yang kita miliki hari ini kerana dalam sekelip mata segalanya akan ditarik kembali dari kita.
Teruskan mencari keredhaannya dan insyaAllah akan kita temui dalam hati.

Friday, March 19, 2010
Airmata yang tumpah
Hati tersentuh saat menonton filem itu. Mungkin kehebatan barisan para pelakonnya berjaya menambat sang hati.Namun yang pasti mesej yang cuba disampaikan benar-benar membuat airmata jatuh berlinangan.

Ketika Cinta Bertasbih(KCB) membuat hati terasa gundah dan mulai merindui mereka yang berada jauh di mata namun sentiasa mengisi ruang kosong hati kecil ini.
KCB mengisahkan tentang dua insan yang menyimpan perasaan di antara satu sama lain tetapi terpaksa menyembunyikan perasaan sebenar kerana masih menjaga maruah diri dan demi cinta kepada Allah. Keduanya redha andai itu bukan takdir mereka. Lantas keduanya terus memendam perasaan dan menerima jodoh yang telah ditentukan oleh Allah untuk mereka.
Mesej yang cuba disampaikan sangat jelas yakni cinta agung hanya pada Allah s.w.t. Cinta kepada manusia hanya membawa kebinasaan dan nafsu akan memandu ke arah jalan mungkar andai tidak bisa dijinakkan.
Selain itu,kasih sayang yang terjalin di antara ahli keluarga dan perasaan hormat menghormati tidak kira pangkat dan kedudukan. Islam sangat indah digambarkan dan bagaimana watak menerima musibah yang menimpa dirinya menyelitkan perasaan cemburu.

Mampukah diri ini menjadi seperti Anna yang mencintai seorang lelaki kerana Allah?? Atau mampukah menjadi seperti Azzam yang menyayangi orang tuanya tanpa batas??
Menitis airmata melihat bagaimana rasa cinta dan sayang seorang anak kepada orang tuanya. Tanpa dipinta tangan ditadah memohon keredhaan untuk kedua orang tua yang disayangi.
"Ampuni mereka ya Allah, kasihani mereka ya Allah, cintai mereka ya Allah seperti mana mereka mengampuni setiap kesilapan ku, mengasihani ku dan mencintai aku sedari kecil lagi"

Wednesday, March 17, 2010
Takbur si Gadis

Meja hati menyaksikan bagaimana wajah yang sepatutnya diselaputi dengan kelembutan dilumuri nurani yang begitu busuk.
Pepatah ada menyebut, kerana pulut santan binasa kerana mulut badan binasa. Cakap siang pandang-pandang cakap malam dengar-dengar kerana dinding dan pintu ada telinga.
Apa saja yang kau luahkan walau tanpa ada niat di hati tetap akan memberi impak ke atas sesiapa yang mendengar. Jadi berfikir sebelum berkata ingat sebelum mengata.
Kita dikurniakan mulut untuk meluahkan pandangan menafsirkan luahan tetapi bukan untuk menjadi seperti si pinochio yang suka mengeluarkan kata-kata yang berbaur kesombongan tentang apa yang dimilikinya.

Bagaikan tidak percaya di saat gegendang telinga dijamah dengan suara aneh milik seorang yang entah dikata sebagai siapa. Hubungan perkenalan mungkin boleh diberikan pada tali ikatan ini tetapi talian perkenalan ini tidak mampu menghalangnya daripada memberikan pandangan yang kurang enak.
Apa hebat sangatkah dirimu sehinggakan teman meminta pertolongan kepada mu dan kau tegar membantunya tetapi bantuan itu kau susuli dengan kata-kata berbaur takbur di belakangnya?
Mengucap dan ingat bahawa walau tiada niat di hati kecil mu itu tetapi sekali kau melafazkan kata yang mampu menggores perasaan maka kau dikira berdosa ke atas perkara tersebut.
Tiada yang lebih hebat lebih berkuasa dan Maha Bijaksana melainkan Allah s.w.t dan kita hanya insan kerdil penuh hina ini masih tidak sedar dengan kesilapan sendiri masih mahu mengangkat darjat sendiri. Alangkah malunya.
Subscribe to:
Posts (Atom)