Friday, October 2, 2009

6 perkara Allah sembunyikan

Allah SWT selesai menciptakan Jibrail as dengan bentuk yang cantik, dan
Allah menciptakan pula baginya 600 sayap yang panjang , sayap itu antara
timur dan barat (ada pendapat lain menyatakan 124, 000 sayap). Setelah itu
Jibrail as memandang dirinya sendiri danberkata:

'Wahai Tuhanku, adakah engkau menciptakan makhluk yang lebih baik
daripada aku?.'

Lalu Allah swt berfirman yang bermaksud.. 'Tidak'

Kemudian Jibrail as berdiri serta solat dua rakaat kerana syukur kepada
Allah swt. dan tiap-tiap rakaat itu lamanya 20,000 tahun.

Setelah selesai Jibrail as solat, maka Allah SWT berfirman yang
bermaksud. 'Wahai Jibrail, kamu telahmenyembah aku dengan ibadah yangbersungguh-sungguh, dan tidak ada seorang pun yang menyembah kepadaku seperti ibadat kamu, akan tetapi di akhir zaman nanti akan datang seorang nabi yang mulia yang paling aku cintai, namanya Muhammad.' Dia mempunyai umat yang lemah dan sentiasa berdosa, sekiranya mereka itu mengerjakan solat dua rakaat yang hanya sebentar sahaja, dan
mereka dalam keadaan lupa serta serba kurang, fikiran mereka melayang
bermacam-macam dan dosa mereka pun besar juga. Maka demi kemuliaannKu
dan ketinggianKu, sesungguhnya solat mereka itu aku lebih sukai dari solatmu
itu. Kerana mereka mengerjakan solat atasperintahKu, sedangkan kamu mengerjakan solat bukan atas perintahKu.'

Kemudian Jibrail as berkata: 'Ya Tuhanku, apakah yang Engkau hadiahkan
kepada mereka sebagai imbalan ibadat mereka?'

Lalu Allah berfirman yang bermak! sud. 'Ya Jibrail, akan Aku berikan
syurga Ma'waa sebagai tempat tinggal...'

Kemudian Jibrail as meminta izin kepada Allah untuk melihat syurga
Ma'waa.Setelah Jibrail as mendapat izin dari Allah SWT maka pergilah Jibrail
as dengan mengembangkan sayapnya dan terbang, setiap dia mengembangkan dua
sayapnya dia boleh menempuh jarak perjalanan 3000 tahun, terbanglah malaikat
jibrail as selama 300 tahun sehingga ia merasa letih dan lemah dan akhirnya
dia turun singgah berteduh di bawah bayangan sebuah pohon dan dia sujud
kepada Allah SWT lalu ia berkata dalam sujud:

'Ya Tuhanku apakah sudah aku menempuh jarak perjalanan setengahnya, atau
sepertiganya, atau seperempatnya?'

Kemudian Allah swt berfirman yang bermaksud. 'Wahai Jibrail, kalau kamu
dapat terbang selama 3000 tahun dan meskipun aku memberikan kekuatan
kepadamu seperti kekuatan yang engkau miliki, lalu kamu terbang seperti
yangtelah kamu lakukan, nescaya kamu tidak akan sampai kepada sepersepuluh
dari beberapa perpuluhan yang telah kuberikan kepada umat Muhammad terhadap
imbalan solat dua rakaat yang mereka kerjakan.... .'

Marilah sama2 kita fikirkan dan berusaha lakukan... Sesungguhnya Allah
S.W.Ttelah menyembunyikan enam perkara iaitu :

* Allah S.W.T telah menyembunyikan redha-Nya dalam taat.
* Allah S.W.T telah menyembunyikan murka-Nya di dalam maksiat.
* Allah S.W.T telah menyembunyikan nama-Nya yang Maha Agung di dalamAl-Quran.
* Allah S.W.T telah menyembunyikan Lailatul Qadar di dalam bulan Ramadhan.
* Allah S.W.T telah menyembunyikan solat yang paling utama di dalam solat
(yang lima waktu).
* Allah S.W.T telah menyembunyikan (tarikh terjadinya) hari kiamat di dalam
semua hari.

Semoga kita mendapat berkat daripada ilmu ini. Wallahualam

KELEBIHAN-KELEBIHAN BISMILLAH

1. Yang pertama ditulis Qalam adalah BISMILLAH. Maka apabila kamu menulis sesuatu, maka tulislah BISMILLAH pada awalnya kerana BISMILLAH tertulis pada setiap wahyu yang Allah turunkan kepada Jibrail.

2. 'BISMILLAH untukmu dan umahmu, suruhlah mereka apabila memohon sesuatu dengan BISMILLAH. Aku tidak akan meninggalkannya sekejap mata pun sejak BISMILLAH diturunkan kepada Adam. ' (Hadith Qudsi)

3. Tatkala BISMILLAH diturunkan ke dunia, maka semua awan berlari ke arah barat, angin terdiam, air laut bergelora, mendengarkan seluruh binatang dan terlempar semua syaitan.

4. Demi Allah dan keagunganNya, tidaklah BISMILLAH itu dibacakan pada orang sa kit melainkan menjadi ubat untuknya dan tidaklah BISMILLAH dibacakan di atas sesuatu melainkan Allah beri berkat ke atasnya.

5. Barangsiapa yang ingin hidup bahagia dan mati syahid, maka bacalah BISMILLAH setiap kali memulakan sesuatu perkara yang baik.

6. Jumlah huruf dalam BSMILLAH ada 19 huruf dan malaikat penjaga neraka ada 19 ( QS.AL Muddatsir:30) .Ibnu Mas ' ud berkata: ' Sesiapa yang ingin Allah selamatkan dari 19 malaikat neraka maka bacalah BISMILLAH 19 kali setiap hari. '

7. Tiap huruf BISMILLAH ada JUNNAH (penjaga/khadam) hingga tiap huruf berkata, ' Siapa yang membaca BISMILLAH maka kamilah kekuatannya dan kamilah kehebatannya. '

8. Barangsiapa yang memuliakan tulisan BISMILLAH nescaya Allah akan mengangkat namanya di syurga yang sangat tinggi dan diampunkan segala dosa kedua orang tuanya.

9. Barangsiapa yang membaca BISMILLAH maka akan bertasbihlah segala gunung kepadanya.

10. Barangsiapa yang membaca BISMILLAH sebanyak 21 kali ketika hendak tidur, maka akan terpelihara dari gangguan syaitan, kecurian dan kebakaran, maut mendadak dan bala.

11. Barangsiapa yang membaca BISMILLAH sebanyak 50 kali di hadapan orang yang zalim, hinalah dan masuk ketakutan dalam hati si zalim serta naiklah keberanian dan kehebatan kepada si pembaca.

Kesilapan Muslim dalam Bulan Ramadhan

Kita bolehlah mengatakan bahawa objektif atau sasaran yang perlu dicapai oleh Muslim di bulan Ramadhan ini kepada dua yang terutama. Iaitu taqwa dan keampunan. Perihal objektif taqwa telah disebut dengan jelas di dalam ayat 183 dari surah al-Baqarah. Manakala objektif 'mendapatkan keampunan' ternyata dari hadith sohih tentang Sayyidatina Aisyah r.a yang bertanya kepada nabi doa yang perlu dibaca tatkala sedar sedang mendapat lailatul qadar. Maka doa ringkas yang diajar oleh Nabi SAW adalah doa meminta keampunan Allah SWT.
Bagaimanapun, kemampuan untuk mendapatkan kesempurnaan pahala ramadhan kerap kali tergugat akibat kekurangan ilmu dan kekurang perihatinan umat Islam kini. Antara yang saya maksudkan adalah :-

1) Makan dan minum dengan bebas setelah batal puasa dengan sengaja (bukan kerana uzur yang diterima Islam).

Perlu diketahui bahawa sesiapa yang batal puasanya dengan sengaja tanpa uzur seperti mengeluarkan mani secara sengaja, merokok, makan dan minum. Ia dilarang untuk makan dan minum lagi atau melakukan apa jua perkara yang membatalkan puasa yang lain sepanjang hari itu. (Fiqh as-Siyam, Al-Qaradawi, hlm 112).

Ia dikira denda yang pertama baginya selain kewajiban menggantikannya kemudiannya. . Keadaan ini disebut di dalam sebuah hadith, Ertinya : "sesungguhnya sesiapa yang telah makan (batal puasa) hendaklah ia berpuasa baki waktu harinya itu" (Riwayat al-Bukhari)

2) Makan sahur di waktu tengah malam kerana malas bangun di akhir malam.

Jelasnya, individu yang melakukan amalan ini terhalang dari mendapat keberkatan dan kelebihan yang ditawarkan oleh Nabi SAW malah bercanggah dengan sunnah baginda. "Sahur" itu sendiri dari sudut bahasanya adalah waktu terakhir di hujung malam. Para Ulama pula menyebut waktunya adalah 1/6 terakhir malam. (Awnul Ma'bud, 6/469). Imam Ibn Hajar menegaskan melewatkan sahur adalah lebih mampu mencapai objektif yang diletakkan oleh Nabi SAW. (Fath al-Bari, 4/138)

3) Bersahur dengan hanya makan & minum sahaja tanpa ibadah lain.

Ini satu lagi kesilapan umat Islam kini, waktu tersebut pada hakikatnya adalah antara waktu terbaik untuk beristigfar dan menunaikan solat malam.
Firman Allah ketika memuji orang mukmin ertinya : " dan ketika waktu-waktu bersahur itu mereka meminta ampun dan beristighfar" (Az-Zariyyat : 18)

Ertinya : "Ditanya kepada Nabi (oleh seorang sahabat) : Wahai Rasulullah :" Waktu bilakah doa paling didengari (oleh Allah s.w.t) ; jawab Nabi : Pada hujung malam (waktu sahur) dan selepas solat fardhu" ( Riwayat At-Tirmidzi, no 3494 , Tirmidzi & Al-Qaradhawi : Hadis Hasan ; Lihat Al-Muntaqa , 1/477)

4) Menunaikan solat witir sejurus selepas terawih.

Menurut dalil-dalil yang sohih, waktu yang terbaik bagi solat witir adalah penutup segala solat sunat di sesuatu hari itu berdasarkan hadith ertinya "Jadikanlah solat sunat witir sebagai solat kamu yang terakhir dalam satu malam". (Fath al-Bari, no 936). Sememangnya tidak salah untuk melakukan witir selepas terawih, cuma sekiranya seseorang itu yakin akan kemampuannya untuk bangun bersahur dan boleh melakukan solat sunat selepas itu, maka adalah lebih elok ia melewatkan witirnya di akhir malam.

5) Tidak menunaikan solat ketika berpuasa.

Ia adalah satu kesilapan yang maha besar. Memang benar, solat bukanlah syarat sah puasa.. Tetapi ia adalah rukun Islam yang menjadi tonggak kepada keislaman sesorang. Justeru, 'ponteng' solat dengan sengaja akan menyebabkan pahala puasa seseorang itu menjadi 'kurus kering' pastinya.

6) Tidak mengutamakan solat Subuh berjemaah sebagaimana Terawih.

Ini jelas suatu kelompongan yang ada dalam masyarakat tatakala berpuasa. Ramai yang lupa dan tidak mengetahui kelebihan besar semua solat fardhu berbanding solat sunat, teruatamnya solat subuh berjemaah yang disebutkan oleh Nabi SAW bagi orang yang mendirikannya secara berjemaah, maka beroleh pahala menghidupkan seluruh malam.

7) Menunaikan solat terawih di masjid dengan niat inginkan meriah.

Malanglah mereka kerana setiap amalan di kira dengan niat, jika niat utama seseorang itu ( samada lelaki atau wanita) hadir ke masjid adalah untuk meriah dan bukannya atas dasar keimanan dan mengharap ganjaran redha Allah sebagaimana yang ditetapkan oleh Nabi SAW di dalam hadith riwayat al-Bukhari. Maka, "Sesungguhnya sesuatu amalan itu dikira dengan niat". (Riwayat al-Bukhari)

8 ) Bermalasan dan tidak produktif dalam kerja-kerja di siang hari

Dengan alasan berpuasa. Sedangkan, kerja yang kita lakukan di pejabat dengan niat ibadat pastinyamenambahkan lagi pahala. Justeru, umat Islam sewajarnya memperaktifkanprodu ktiviti mereka dan bukan mengurangkannya di Ramadhan ini.


9) Memperbanyakkan tidur di siang hari dengan alasan ia adalah ibadat.

Sedangkan Imam As-Sayuti menegaskan bahawa hadith yang menyebut berkenaan tidur orang berpuasa itu ibadat adalah amat lemah. (al-Jami' as-Soghir ; Faidhul Qadir, Al-Munawi, 6/291)

10) Menganggap waktu imsak sebagai 'lampu merah' bagi sahur.

Ini adalah kerana waktu imsak sebenarnya tidak lain hanyalah 'lampu amaran oren' yang di cadangkan oleh beberapa ulama demi mengingatkan bahawa waktu sahur sudah hampir tamat. Ia bukanlah waktu tamat untuk makan sahur, tetapi waktu amaran sahaja. Lalu, janganlah ada yang memberi alasan lewat bangun dan sudah masuk imsak lalu tidak dapat berpuasa pada hari itu. Waktu yang disepakti ulama merupakan waktu penamat sahur adalah sejurus masuk fajar sadiq (subuh). (As-Siyam, Dr Md 'Uqlah, hlm 278)

11) Wanita berterawih beramai-ramai di masjid tanpa menjaga aurat.

Ini nyata apabila ramai antara wanita walaupun siap bertelekung ke masjid, malangnya kaki dan aurat mereka kerap terdedah da didedahkan berjalan dan naik tangga masjid di hadapan jemaah lelaki. Tatkala itu, fadhilat mereka solat di rumah adalah lebih tinggi dari mendatangkan fitnah buat lelaki ketika di masjid.

12) Memasuki Ramadhan dalam keadaan harta masih dipenuhi dengan harta haram,
Samada terlibat dengan pinjaman rumah, kad kredit, insuran, pelaburan dan kereta secara riba.


Ini sudah tentu akan memberi kesan yang amat nyata kepada kualiti ibadah di bulan Ramadhan, kerana status orang terlibat dengan riba adalah sama dengan berperang dengan Allah dan RasulNya, tanpa azam dan usaha untuk mengubahnya dengan segera di bulan 'tanpa Syaitan' ini, bakal menyaksikan potensi besar untuk gagal terus untuk kembali ke pangkal jalan di bulan lain.
Nabi Muhammad menceritakan :-
Ertinya : menyebut tentang seorang pemuda yang bermusafir dalam perjalanan yang jauh, hal rambutnya kusut masai, mukanya berdebu di mana dia mengangkat tangan ke langit : Wahai Tuhanku…wahai Tuhanku… sedangkan makanannya haram, minumannya haram dan pakaiannya haram..Dan dia dibesarkan dengan memakan makanan haram maka bagaimana Kami mahu mengabulkan doanya. ( Riwayat Muslim, no 1015, 2/703 ; hadis sohih)

Justeru, bagaimana Allah mahu memakbulkan doa orang yang berpuasa sedangkan keretanya haram, rumahnya haram, kad kreditnya haram, insurannya haram, simpanan banknya haram, pendapatannya haram?. Benar, kita perlu bersangka baik dengan Allah, tetapi sangka baik tanpa meloloskan diri dari riba yang haram adalah penipuan kata Imam Hasan Al-Basri.


13) Tidak memperbanyakkan doa tatkala berpuasa dan berbuka.

Ini satu lagi jenis kerugian yang kerap dilakukan oleh umat Islam. Nabi SAW telah menyebut :-

Ertinya : "Tiga golongan yang tidak di tolak doa mereka, pemimpin yang adil, individu berpuasa sehingga berbuka dan doa orang yang di zalimi" ( Riwayat At-Tirmizi, 3595, Hasan menurut Tirmizi. Ahmad Syakir : Sohih )

Selain itu, doa menjadi bertambah maqbul tatkala ingin berbuka berdasarkan hadith.

Ertinya : "Sesungguhnya bagi orang berpuasa itu ketika berbuka (atau hampir berbuka) doa yang tidak akan ditolak" ( Riwayat Ibn Majah, no 1753, Al-Busairi : Sanadnya sohih)

Renung-renungkan & Selamat beramal
Saya ada satu epal, anda ada satu epal. Kita tukar epal, anda ada satu dan saya tetap ada satu.
Jika anda ada satu ilmu dan saya ada satu ilmu, kemudian kita tukar ilmu tersebut,
anda ada dua ilmu dan saya ada dua ilmu...

Thursday, September 24, 2009

Undang-undang dan Islam

Undang-undang jika ditakrifkan membawa maksud satu system peraturan atau norma yang cuba diikuti oleh suatu masyarakat.

Dalam sesebuah masyarakat pasti wujudnya peraturan yang menggariskan beberapa perkara yang harus dilakukan dan beberapa perbuatan yang harus dielakkan daripada dilakukan.

Walaubagaimana pun undang-undang yang dicipta oleh manusia tidak akan dapat menandingi undang-undang yang telah ditetapkan oleh Allah s.w.t.

Undang-undang Islam yang telah digariskan sebgai balasan di atas kesalahan jenayah yang dilakukan oleh sesorang bukan bertujuan untuk menghukum tetapi untuk menyedarkan manusia itu sendiri.

Tiada gunanya menghukum andai di masa akan datang kesalahan itu diulanginya. Jenayah mencuri misalnya ditetapkan hukuman potong tangan sebagai balasan agar si pesalah sedar bahawa tangan dijadikan Allah bukan untuk mengambil hak orang lain tetapi untuk beramal ibadah kepada Allah.

Pernah suatu ketika hukum hudud ingin diwujudkan namun berlaku pertegangan antara masyarakat. Ironinya yang menentang itu adalah orang islam sendiri. Mengapa???
Orang cina mahupun India tidak akan menentang kerana hukum hudud tidak melibatkan mereka. Hukum hudud hanya akan melibatkan orang islam sahaja. Umat Islam masih belum memahami hukum Islam itu dan disebabkan itulah ramai yang menentang. Mereka takut sekiranya undang-undang ini dilaksanakan maka ramai antara kita yang akan menerima hukumannya.

Sebenarnya masih banyak yang perlu kita ketahui dan dalami tentang hukuman yang ditetapkan oleh Allah di dalam undang-undang Nya. Undang-undang Islam tidak semudah menjatuhkan hukuman sahaja malah ia lebih daripada itu. Jika diselamai dan difahami maka kita pasti akan menemui sesuatu yang berharga yang tersembunyi di dalamnya. Semua memberi manfaat kepada kita, umat islam itu sendiri. Lebih banyak manis daripada pahitnya kerana Allah itu Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.

Hukum yang ditetapkan di dalam undang-undang Islam tidak akan dilaksanakan andai tiada persetujuan daripada si pesalah kerana hukuman yang dijatuhkan seperti yang telah dinyatakan di atas adalah bertujuan untuk memberi kesedaran dan bukannya menghukum semata-mata. Jadi mengapa tidak kita laksanakan saja undang-undang Islam ini di dalam Negara???

Mati itu pasti

Sejauh mana manusia pada hari ini memahami akan konsep kematian??

Sebenarnya maut itu sesuatu yang mustahil untuk diketahui..tanapa kita sedar orang kesayangan kita yang berada di sisi akan hilang sekelip mata.

Nya wa yang kita miliki pada hari ini Cuma pinjaman namun seringkali manusia lemah seperti kita ini lupa akan perkara tersebut sehinggakan kita lalai dalam mensyukuri nikmat kurniaan Yang Maha Esa.

mengapa begitu sukar perkataan alhamdulillah meniti di bibir sedangkan kita tahu dengan hanya mengucapkan perkataan tersebut kita sudah dikira sebagai mensyukuri nikamat pemberian Allah.

Ingatlah wahai saudara seagama ku..mati itu sesuatu yang pasti..maka seharusnya perlu ada rasa takut di dalam diri kita untuk menghadapinya. Maut adlah rahsia Allah yang tak siapa mengetahuinya. Dlam lena pun kita boleh mati apatah lagi di dalm sedar.

Sesungguhnya mengingati mati itu bagaikan suatu kewajipan kepada kita agar kita sentiasa melakukan amal maaruf nahi munkar…sembahyanglah kamu seolah-olah akan mati keesokan harinya..itu pesanan nabi junjungan kita Nabi Muhammad s.a.w.

Setiap hari anak mata ini akan menatap kawasan yang sering menjadi modal momokan para ibubapa untuk anak-anak mereka…kawasan perkuburan.

kawasan perkuburan tidak sepatutnya dijadikan bahan momokan kepada anak-anak tetapi sepatutnya dijadikan sebagai tanda peringatan supaya mereka tahu dan sedar akan ada siksa kubur yang menanti sekranya tiada amal dilakukan semasa hidup.

Di sini ingin dikongsi bersama tentang pendapat yang selalu dijadikan bahan untuk melepaskan diri dari melakukan amal jariah…”alah xpe la…aku still muda lagi..nnti da tua baru nak bertaubat” betapa rendahnya maruah kita di hadapan Allah. Ayat inilah yang sering meniti di bibir umat islam di kala ini. Mengapa??? Adakah kita tergolong di dalam golongan ini ??? tepuk dada tanyalah iman..

Tahukah dengan hanya mengatakan demikian kita seolah-olah menidakkan kekuasaan Allah yang memegang seluruh rahsia alam di langit mahupun di bumi. Seolah-olah kita tahu yang nyawa kita ini akan berlarutan sehingga tua Astaghfirullah al azim…bawa mengucap. Sedarlah..ketahuilah bahawa tiada yang terlepas daripada pengetahuan Allah…Allahuakbar.

semoga kita semua dijauhi dari siksaan api neraka..ameen ya rabbul al ameen…insyaAllah.

Sesungguhnya kematian tidak mngira usia..bertaubatlah selagi pintu taubat terbuka.

Monday, August 31, 2009

cinta ini

Bismillahirrahmanirrahim...

Cinta itu fitrah,dan setiap manusia tidak dapat lari drpada fitrah indah ciptaan Tuhan.

Cinta adalah perasaan yang mesti ada pada diri tiap2 manusia..ia laksana titisan hujan yang turun dari langit..bersih,dan suci..cuma tanahnyalah yang berlain-lainan menerimanya.




Jika ia jatuh ke tanah yang tandus,tumbuhlah daripada titisan itu...kedurjanaan...kedustaan...ketidakjujuran dan lain-lain perkara yang tercela.Tetapi jika ia jatuh ke tanah yang subur,di sana akan tumbuh kesucian hati,keikhlasan,setia budi pekerti yg tinggi dan lain-lain perkara yang terpuji....

Ya Allah..Ya Tuhan ku..campakkanlah cintaku ke tempatnya yang sebenar..

Ya Allah,



Jika aku jatuh cinta ya Allah,

Cintakanlah aku kepada seseorang yg melabuhkan cintanya pdMu
agar bertambah kekuatanku untuk menyintaimu..
Cintakanlah aku kpd sesorang yg sentiasa menjaga maruah peribadinya dan perhiasan dirinya..
agar terpelihara maruah dan keselamatan kami di dunia dan di padang mahsyar ketika meghadapMu kelak..

Jika aku jatuh hati ya Allah,
Izinkanlah aku untuk menyentuh hati seseorang yg hatinya tertaut pdMu
agar tidak terjatuh aku ke dalam jurang cinta nafsu...
Jagalah hatiku dan hatinya
agar tidak berpaling dari hatiMu..

Jika aku rindu ya Allah,
Rindukanlah aku pada seseorang yg sentiasa merinduimu dalam setiap saat hembusan nafasnya...
Agar terlepas kami drpd kerinduan kenikmatan duniawi yg melampau..
Agar dapat kami mengecapi nikmat kerinduan yg sebenar....

Ya Rabbana,
Jika kami dikurniakan nikmat cinta ini,
jangan biarkan kami melampaui batas sehingga melupakan kami kpd cinta hakiki dan rindu abadi hanya padaMu...
Jangan biarkan kami tertatih dan terjatuh dlm perjalanan panjang menyeru manusia kpdMu...
Tetapkanlah hati kami agar sentiasa menyusuri laluan yang diredhoiMu...

Amiiiinn..ya Rabbal a'lamin...



Kerana tapak iman itulah yang akan menemukan kembali cinta dan kebahagiaan hakiki yang selama ini semakin pudar...
kembalilah kepada Islam,kerana Islam itu indah,dan indahkanlah hidupmu dengannya..

Friday, August 28, 2009

albi nadak

albi nadak...seruan hatiku..begitulah tajuk lagu yang sering menjengah gegendang telinga saban hari.Lirik lagu begitu menyentuh perasaan..naluri seorang wanita berdetak..akan wujudkah cinta sebegini indah buat diriku??? Allahualam..jodoh pertemuan di tangan Tuhan..takdir yang tidak dapat dibaca oleh manusia selemah kita.

seringkali hati tertanya...adakah cinta sebegini indah wujud??? Di antara manusia dengan manusia mungkin ya tetapi di antara manusia dengan Tuhannya???

"Ya Allah jadikanlah aku dan mereka yang berada di sekeliling ku sebahagian daripada umat Mu yang menyerahkan seluruh cintanya kepada Mu..Wahai Tuhan yang maha pengasih lagi maha penyayang."

Manusia sentiasa lalai dalam menafsir erti cinta yang sebenar. Konon ingin mencari cinta sejati..namun adakah mereka sedari bahawasanya cinta yang sejati dan begitu indah dapat ditemui sekiranya diri mu didekatkan dengan Pencipta rasa cinta itu...

Allah s.w.t menganugerahkan perasaan sayang di dalam diri setiap kita agar kita dapat menyalurkan rasa sayang itu kepada mereka yang berada di sekeliling kita..betapa Islam agama yang mulia..menganjurkan agar kita berkasih kasihan antara satu sama lain.

Jadi janganlah kita mencemarkan satu anugerah yang terindah yang dikurniakan kepada kita dengan mencerobohi persempadanan yang telah digariskan antara kita.



Ya Allah
jika aku jatuh cinta,
cintakanlah aku pada seseorang
yang melabuhkan cintanya padaMu,
agar bertambah kekuatanku untuk menyintaiMu...

Ya Muhaimin,
jika aku jatuh hati,
izinkanlah aku menyentuh hati seseorang
yang hatinya tertaut padaMu,
agar tidak terjatuh aku dalam jurang cinta nafsu...

Ya Rabbana ,
jika aku jatuh hati,
jagalah hatiku padanya,
agar tidak berpaling daripada hatiMu.....

Ya Rabbul Izzati ,
jika aku rindu ,
rindukanlah aku pada seseorang
yang merindui syahid di jalan Mu....

Ya Allah ,
jika aku menikmati cinta kekasihMu,
janganlah kenikmatan itu
melebihi kenikmatan
indahnya bermunajat
di sepertiga malam terakhirMu...



Ya Allah ,
jika aku jatuh hati pada kekasihMu
jangan biarkan aku
tertatih dan terjatuh
dalam perjalanan panjang
menyeru manusia kepadaMu....

Ya Allah
jika Kau halalkan aku merindui kekasihMu,
jangan biarkan aku melampaui batas
sehingga melupakan aku
pada cinta hakiki
dan rindu abadi
hanya kepadaMu....

...Amin Ya Rabbal 'Aalamiin...