Saturday, May 23, 2015

Rohingya...mana hati mu??

Kisah yang patut diambil tindakan dan teladan bukan sekadar simpati titis airmata atau perkongsian gambar tangisan di media sosial. Ini kisah parah tentang pembunuhan dan penghapusan rakyat Rohingya oleh si petualang yang mengaku untuk pembebasan (yang entah untuk siapa).

Dari terseksa di tanah air lebih baik lari. Asalkan boleh keluar dari sini. Asalkan tidak dibunuh dengan kejam di sini. Mungkin itu yang terdetik di hati mereka. Ibarat ditelan mati emak diluah mati bapa. Keputusan harus dicari. Mati terseksa atau lari tinggalkan semua mengejar sesuatu yang tidak pasti. Paling utama Allah itu ada untuk mereka...insyaAllah ada jalannya.

Image result for rohingya 

Ketika meja makan kita dipenuhi hidangan mereka bermohon untuk sesuap...hanya sesuap makanan sebagai penggalas perut yang kosong.
Ketika tidur kita nyenyak berbantal bertilam empuk mereka bermohon sedikit ruang bot untuk tidur bagi menghilangkan letihnya perjalanan dan laparnya perut.
Ketika kita sibuk bermedia sosial mereka bermohon agar dipertemukan daratan yang bisa menerima kehadiran mereka.
Alangkah tidak bersyukurnya kita...alangkah kejamnya manusia itu terhadap mereka.
 
Image result for rohingya

Ya, dari lautan yang tiada kelihatan penghujungnya mereka bersesak di atas bot yang hilang arah layarnya. Allah SWT saja yang ada. Allah SWT saja yang mampu mengubah takdir mereka ketika ini.
Tangisan dan jeritan kelaparan tidak diendah oleh jiran yang kononnya mengaku saudara seagama. Mereka dihalau pergi seolah begitu hina untuk dibantu.

Mana hati mu ketika saudara mu ditindas sebegitu kejam?
Mana hati mu ketika jerit kelaparan mereka kedengaran?
Mana hati mu ketika titis airmata mereka jatuh berlinangan?
Mana hati mu?

Sungguh Allah SWt Maha Kaya, Maha Pengasih lagi Maha Pemurah. Sebuah negara asing yang jauh menghantar armada penyelamat. Maka malanglah negara yang hanya mahu melihat, terhina dipandangan mata rakyat sendiri. Meludah terkena wajah sendiri. Tidak malu berjabat tangan dengan si kafir laknat tetapi malu menghulur salam pada saudara yang memerlukan khidmat.

Ujian ini ujian Allah SWT dan berapa ramai dari kita telah GAGAL secara total untuknya.


No comments:

Post a Comment