Monday, March 26, 2012

Masih tidak layak

Sepulangnya si adik dari sekolah soalan itu terus diterjah, segera mahukan jawapan. Hm, tahap kesabaran yang kritikal.

"Nak jadi penceramah tak?" soalan berbekas di hati. Penceramah atau motivator untuk satu kem kesedaran yang dianjurkan oleh pihak sekolah. Ustazahnya mahu mencari penceramah. Syaratnya mudah. Ceramah tentang apa saja yang berkaitan Islam, asalkan mampu membuka hati pelajar-pelajar yang bermasalah.

Berfikir sejenak. Kemudian, jawapan itu diberi.

"Tak mengapalah. Masih tidak layak untuk memperbetulkan orang lain..."

Kesungguhan dan kemahuan itu wujud dalam jiwa. Apa susah hendak memberi ceramah. Hanya cari nota-nota ringkas berkaitan tajuk yang diberi. Lepas itu, bercakaplah sepuasnya asal saja ada sedikit berkaitan agama dan input kesedaran untuk pendengar.

Sama juga kesnya dengan mereka-mereka yang hanya tahu menulis post atau klik share sebarang artikel berkaitan agama di dalam mana-mana laman sosial. Mungkin mereka mahu menyedarkan rakan-rakan lain tetapi soalannya, adakah mereka mengamalkan apa yang dipost dan dishare itu?

Kata orang, jangan hanya tahu berkongsi ilmu tersebut jika si penyampai sendiri tidak mengamalkanilmunya  apa bukti yang hendak ditunjuk kepada pendengarnya?

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud,
'Sampaikanlah daripadaku walau satu ayat.'

Adakah ini yang menjadi pegangan semua orang? Syukurlah, kerana masih ada yang berpegang pada hadis Rasulullah SAW, tapi cubalah tanyakan pada diri kita, apakah ada kesedaran di dalam diri untuk mengamalkan hadis tersebut?

Jangan hanya tahu mengajar sebab walaubagaimanapun pahala mengamalkan pengetahuan agama itu lebih tinggi daripada mengajarkannya. Tapi jangan pula ada ilmu disembunyikan. Itu lagi salah.

Berkongsilah, bersedekahlah walau dengan hanya satu senyuman.

2 comments:

  1. Entri yg sangat baik. Jgn lah kita jadi mcm ibu ketam yg ajar anak2nya brjalan.

    Bgus kita saling beringat. Tp kita pun brdoa la mudah2han kita jgk beringat. Jgn hnya nasihat, tp tak terpatri dlm hati sndiri.. :)

    ReplyDelete
  2. kita tetap hamba-Na yg lemah dan serba kekurangan..tak mengapa saling ingt-mengingati dan smbil beramal dgnnya..aslkan jgn jdi bodoh sombong..org hndak mnegur pun kita tolak dgn dakwah songsang..hehe

    ReplyDelete