Sunday, March 20, 2011

Ukirkan senyuman mu, sahabat


ukirkanlah senyuman mu duhai temanku
meski hujan melimpah membanjiri
meski kuntum bunga berguguran
meski unggas tidak bernyanyi
kerana pelangi pasti muncul
bunga kembali mekar
dan unggas bersuara ria
saat suria memancar sinar

ukirkanlah senyuman duhai sahabatku
meski hati mu terguris pedih
akibat cinta yang mencuri hati
kerana kasih Ilahi sentiasa hadir 
dan sayang Muhammad SAW masih teguh untuk umatnya

ukirkanlah senyuman kawan ku
di saat lelahnya jiwa
mendengar bait kata nista
yang terlempar kerana tiada jiwa
antara insan yang bergelar hamba

ukirkanlah senyuman
ketika fajar menyinsing
kerana hari ini masih ada 
untuk kita terus bertaqwa
menghadirkan cinta dan kasih kepada Dia
Pemilik seluruh alam dan segala cinta

No comments:

Post a Comment