Tuesday, March 22, 2011

Pelik Tapi Itulah Yang Berlaku


GAINESVILLE: Paderi Amerika Syarikat yang anti-Islam, Terry Jones, memutuskan bahawa al-Quran ‘bersalah menyebabkan jenayah’ tertentu dan mengatur sesi pembakaran kitab suci itu di gerejanya, kelmarin.
Pembakaran itu dilakukan paderi Wayne Sapp di bawah pengawasan Jones yang mencetuskan bantahan terhadap rancangan untuk membakar al-Quran sempena sambutan memperingati serangan 11 September 2001 (9/11).
Upacara membakar itu dilakukan selepas sesi penghakiman hanya lapan minit sebelum memutuskan kononnya al-Quran didapati bersalah dan dihukum.
Kitab itu direndam dalam minyak tanah selama sejam dan diletakkan dalam dulang besi di tengah-tengah gereja itu sebelum Sapp menyalakan api dengan pemetik api barbeku. Kitab itu di bakar selama 10 minit sementara penonton mengambil gambar.
Jones dikutuk hebat banyak pihak termasuk Presiden Barack Obama, Setiausaha Negara Amerika, Hillary Clinton dan Setiausaha Pertahanan, Robert Gates berhubung rancangannya membakar kitab suci Islam, September lalu.
Dia tidak meneruskan rancangannya dan berikrar tidak akan melakukannya sebelum menyatakan dia sudah buat keputusan.
Kali ini, Jones berkata, dia sudah memberi dunia Muslim peluang untuk mempertahankan kitab itu tetapi tidak mendapat maklum balas.
Paderi itu merasakan beliau tidak dapat menjalankan perbicaraan sebenar tanpa hukuman sebenar. Upacara itu dibuka pada orang ramai dan hampir 30 orang menyertainya.
Jadwiga Schatz, yang datang untuk menyokong Jones, meluahkan rasa bimbang dengan perkembangan Islam di Eropah.

“Penganut agama itu pada saya seperti raksasa. Saya benci mereka. Ini adalah pengalaman sekali seumur hidup,” katanya. Jones menganggap majlis itu berjaya. – AFP | bharian

Petikan di atas adalah apa yang terkandung dalam akhbar Berita Harian. Berbanding dengan kes tsunami yang melanda Jepun di mana banyak pihak bersuara. Ada yang mengecam Jepun dengan mengatakan pihak Jepun tidak menitik beratkan perihal isu-isu kebersihan dan hidupan liar dan ada juga yang bersuara menyatakan simpati mereka. 

Tapi berita tentang pembakaran Al-Quran oleh kafir laknatullah dipandang sepi seolah itu bukan isu yang harus diperbesarkan.

Di mana sebenarnya pegangan kamu wahai kaum Muslim? Pada politik atau pada agama mu? Adakah isu ini bukan sesuatu yang berat bagi kamu sehinggakan kamu lebih memilih untuk tunggu dan lihat saja apa yang akan berlaku di kemudian hari dan menanti Allah SWT untuk membalasnya tanpa tindakan bantahan dari kamu, selayaknya seorang hamba yang memelihara ayat-ayat Allah SWT?

Kamu lebih memilih dunia daripada akhirat. Walaupun banyak petanda sudah ditunjukkan namun kamu masih belum terjaga dari lena dunia yang melalaikan. Berpesta di saat saudara seagama dibunuh dengan kejam, bergelak ketawa di ketika ada yang menangisi kematian dan masih mampu mengukir senyum walau agama Islam diperkotak-katikkan oleh musuh-musuh Allah SWT.

Kamu dan kita semua hanya sedar di bibir tapi tidak di hati. Bibir menyebut keinsafan walhal hati belum bisa lentur. Ingatlah pada sejarah dahulu, janji Allah SWT tidak pernah dimungkiri, Apa yang berlaku mungkin akan berulang andai kejahilan itu berterusan.

Sejarah pernah mencatatkan, Islam musnah kerana orang Islam sendiri. Wallahualam... 

2 comments:

  1. itu cara orang bukan islam menghina al-Quran...tp dlm x sedar org islam pun menghina jugak...al-Quran sekadar perhiasan bukan jadi bacaan dan kajian...

    ReplyDelete
  2. e2 la..kdg tkot bla memikirkan pkara e2..smga Allah mnjauhkan kita dr sume pkra bruk kn..amiin

    ReplyDelete