Wednesday, February 23, 2011

Malu itu sebahagian Iman

Malu merupakan sifat semulajadi manusia dan ekspresi di sebalik malu itu adalah berbeza bagi setiap orang. Ada yang menutupnya dengan berdiam diri atau ada yang lebih suka bercakap tidak berhenti hanya semata-mata untuk menutup malu.

Ada yang malu kerana suatu kejadian, ada yang malu bila berlakunya peristiwa dan ada juga yang malu kerana manusia lainnya. Walauapapun tutuplah malu itu dengan iman kerana malu juga sebahagian daripada iman.


Imam al-Nawawi dalam kitab Riyadh al-Salihin membicarakan soal malu dalam bab 'Malu, kelebihannya dan anjuran untuk berakhlak dengannya' (bab no.80). Bab ini menyebut tentang empat hadis yang utama berkaitan sifat malu dan kelebihannya. Malah Imam al-Nawawi membuat kesimpulan bahawa, 

"Berkata para ulama, 'Hakikat malu itu ialan suatu akhlak yang membawa kepada sikap meninggalkan yang buruk dan menghalang diri daripada mengabaikan hak kepada yang sepatutnya.'"

Hadis pertama :

Daripada Ibn Umar RA bahawasanya Rasulullah SAW sedang menasihati suadaranya kerana pemalu, kemudian Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:

"Biarkanlah ia begitu, sesungguhnya malu itu sebahagian daripada iman." (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Hadis kedua :

Daripada 'Imran bin Hushain RA berkata, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:

"Malu itu mendatangkan kebaikan semata-mata." (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)



Hadis ketiga :

Daripada Abu Hurairah RA bahawasanya Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud :

"Iman itu mempunyai enam puluh lebih atau tujuh puluh lebih cabang. Yang utama ialah ucapan "La ilaha illallah" dan yang paling rendah adalah membuang sesuatu gangguan dar jalan. Dan malu adalah sebahagian daripada iman." (Riwayat al-Bukhari dan Muslim) 

Hadis keempat :

Daripada Abu Said al-Khudri, beliau berkata, "Rasulullah SAW adalah orang yang sangat pemalu melebihi pemalunya gadis pingitan. Apabila baginda melihat sesuatu yang tidka disukainya maka kami dapat mengetahui melalui wajahnya."



Lihatlah bagaimana perasaan malu yang Allah SWT tiupkan ke dalam hati begitu penting. Namun begitu pada zaman ini malu terkadang dianggap orang yang tidak maju atau tidak moden.

Jika begitu, mengapa ramai yang malu bila keluar dengan menutup aurat, malu bila membuat kebaikan, malu bila belajar ilmu agama dan malu bila tidak berpangkat dan berharta sedangkan rasa malu yang sepatut ada dalam diri dalam malu bila tidak mengikut sunah Rasulullah SAW, malu bila membuat dosa, malu bila terdedahnya aurat dan malu bila membuat kemungkaran.

Memang kita patut punyai rasa malu terhadap manusia lainnya. Tapi malu paling utama adalah malu kepada Allah SWT kerana sesungguhnya Allah SWT Maha Melihat segala perbuatan kita. 


3 comments:

  1. sungguh benar.. malu juga adalah salah satu akhlak Rasulullah SAW..

    ReplyDelete
  2. btul tu...
    Abu Said al-Khudri menyatakan bhwa Rasulullah SAW lbh pemalu berbanding dgn anak dara yg malu ketika kli ptma bsendirian bersua suaminya...

    Rasulullah SAW mghiasi dirinya dgn sft malu yg tggi sehingga bg2 skali perumpamaan yg dberikan olh para shbat.

    ReplyDelete
  3. dlela : adik baru send penyertaan isnin lepas kannn..sabor yer..akak up yang dah lamer hantar penyertaan dulu..coming soon tuhh..

    ReplyDelete