Monday, June 21, 2010

Diam bukan mengalah

Diam itu lebih baik dari berkata-kata kerana apabila kita bersuara bimbang banyak pembohongan yang akan kita lakukan. Lidah tidak bertulang dan oleh sebab itulah pelbagai jenis janji yang kita fikir INGIN dilaksanakan walau pada hakikatnya kita sendiri sedar bahawa kita tidak mampu untuk laksanakan ditabur seperti menabur benih di ladang.

Apabila dilemparkan kata-kata nista oleh insan-insan di sekitar maka jalan tebaik adalah diam. Diam tidka bererti kalah tetapi adalah kemenangan bagi pihak yang benar kerana sesungguhnya Allah s.w.t bersama orang-orang yanga sabar.



Suka dikongsi di sini adalah sebuah cerita yang diriwayatkan oleh Abu Dawud.

Sa’eed bin Musayyeb berkata: Pada suatu ketika, Rasulullah s.a.w duduk-duduk bersama dengan para Sahabat. Muncul seorang lelaki lalu dia mencela dan memaki hamun Abu Bakar r.a hingga menyebabkan Abu Bakar ’sakit’ mendengarnya. Tetapi Abu Bakar terus mendiamkan diri. Lelaki itu meneruskan lagi celaan dengan bahasa yang lebih kasar terhadap Abu Bakar, namun beliau masih terus mendiamkan diri. Masuk kali ketiga, apabila lelaki itu terus menyakiti Abu Bakar dengan lisannya, Abu Bakar bingkas mahu menjawab balik.


Lalu Baginda Rasulullah s.a.w bangun. Abu Bakar r.a bertanya: apakah engkau marah denganku wahai Rasulullah? Baginda menjawab: Tidak. Cuma semasa kamu mendiamkan diri, Malaikat turun dari Langit bertindak terhadap kata-kata lelaki itu. Tetapi sebaik sahaja kamu mula membalas cacian lelaki itu, Malaikat melarikan diri lalu Syaitan datang dan duduk. Aku tidak boleh duduk di tempat yang Syaitan duduk di situ.”
                                                                                                                    [ Hadith riwayat Abu Dawud]


                                                              
Begitulah keadaannya. Allah s.w.t Maha Berkuasa dan Maha Mengetahui apa yang terjadi di langit dan di bumi. Jadi jangan pernah berfikir bahawa kita berseorangan dalam menangkis setiap pertuduhan yang tidak benar tentang kita. Jauhi fitnah kerana dosa menfitnah itu lebih besar daripada dosa membunuh.
 
Apabila ada yang bersakit hati dengan kita sebenarnya adalah kerana wujudnya perasaan hasad dengki di dalam diri mereka terhadap kita. Boleh jadi kita memiliki sesuatu yang mereka tidak miliki dan disebabkan itulah mereka terus menerus membuat onar sehingga kita rasa tercabar. Kita akan kalah saat kita membuka ruang untuk membalas setiap perbuatan mereka. Allah s.w.t Maha Adil lagi Maha Bijaksana. Biarkan Allah s.w.t yang membalasnya.
 
 

Jika ada mendukacitakan hati mu kerana perbuatan mereka maka mohonlah kepada Allah s.w.t agar dikuatkan hati untuk menghadapi ujian tersebut.

"Maka jika mereka berpaling (dari keimanan), maka katakanlah (Muhammad),'Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain Dia. Hanya kepada-Nya aku bertawakkal, dan Dia Tuhan yang memiliki Arasy (singgahsana) yang agung"
                                                                                                                    (surah At-Taubah: Ayat 129)

No comments:

Post a Comment