Monday, February 15, 2010

Biadap@beradap? Anda pilih

Sepulangan dari berbelanja dan pilihan kenderaan untuk mereka yang kurang berkemampuan tentulah bas. Menaiki bas umpama menaiki kenderaan mewah dengan tempat duduk yang banyak dan si pemandu yang sedia membukakan pintu. Cuma yang bezanya adalah kena berkongsi dengan pengguna yang lain.

Andai bas itu adalah kenderaan mewah tentunya si pemandu dengan senang hati membukan pintu untuk tuannya sambil meleretkan senyuman. Malangnya kenderaan awam yang ini tidak begitu.

Hendak membayar tambang pun kita dimarahnya. Hendak bertanya tentang harga tambang pun buat kita jadi segan dan takut. Yalah, takut nanti bahasa yang dituturkan kurang enak dipendengaran. Takut nanti hati sendiri yang terguris.

Perkara ini membawa ingatan mengimbas kejadian yang berlaku seminggu lepas ketika ingin keluar mencari tempat untuk menjalankan projek. Ada yang memberikan respons yang baik kerana mereka mempunyai sistem kaunter yang baik.

Ada juga yang memberikan respons yang kurang baik. Apa salahnya memberikan jawapan yang diperlukan oleh si penyoal? Jika tidak mahu pelajar mengganggu tugas dengan projek mereka jadi berikanlah jawapan yang mereka hendakkan.

Hati menjadi sakit. Beginikah sikap rakyat Malaysia? Semakin biadap dan menjadi kurang sopan waima dengan bangsa sendiri?

Kesakitan hati menjadi kendur apabila sepasang warga emas menawarkan kenderaan mereka untuk dinaiki. Memandangkan menghala ke arah tempat yang sama apalah salahnya menumpangkan seorang pelajar yang sedang kepenatan mengangkut hasil beliannya?

Inilah sikap yang dimahukan. Beradap walaupun dengan mereka yang tidak seumur dengan kita.

Konklusinya, anda pilih, hendak menjadi lebih beradap atau ke arah biadap?

No comments:

Post a Comment