Sunday, December 27, 2009

Dekat padaMU

Dunia semakin kita mengejarnya semakin ia akan pergi jauh dari kita...akhirat semakin kita dekat semakin ia menghampiri kita tapi ini tak bermakna kita harus lupakan dunia dan terus memandang ke arah akhirat.

Dunia adalah tempat di mana kita bekerja mencari bekalan ke akhirat. Tanpa bekalan ini kita pasti akan kebuluran kehausan dan akhirnya mati. Namun bukan mudah mencari bekalan di zaman yang serba moden ini.

Dalam maniti dunia ini banyak pengalaman yang kita raih dan bakal kita tempuhi. Pahit dan manis pasti kita rasai dan ketabahan serta ketaqwaan menjadi bekal untuk menempuhi setiap rasa itu.

Kekadang hati cemburu melihat segolongan wanita yang begitu taat menutup auratnya dan hati merasa lemas di kala terpandang wanita yang bangga mempamerkan bentuk tubuhnya.

Memandang ke arah cermin, "aku berada di golongan yang mana?"

Never judge a book by it's cover, jangan pernah menilai sesuatu itu daripada luarannya saja kerana isi di dalam mungkin lebih baik dan lebih bermanfaat. Pepatah inggeris ini benar dan boleh dipraktikkan tetapi tidak dalam semua perkara kerana the first impression of someone is important.

Seorang kawan pernah bersuara mengatakan bahawa kita tidak boleh mengukur keimanan seseorang itu lewat caranya berpakaian atau lewat tingkah lakunya. Dia mungkin menyembunyikan sikap sebenar melalui pakaian longgarnya dan menyimpan perangai gilanya melalui perlakuan sopannya. Ini betul tapi bukankah sesuatu yang baik itu bermula dengan anda menutup aurat.

Zaman ini penuh dengan rekaan baju yang pelbagai. Di sana sini kedai mempromosikan pakaian aneka untuk setiap golongan untuk setiap peringkat umur.

"Tak kisahlah ketat janji menutup aurat"

"Aku bukan jenis yang tutup-tutp ni ok"

"lepas kahwin nanti baru aku pakai tudung"

Anda wanita..anda juga muslimah...jaga perlakuan...jaga kehormatan...jaga tatasusiala sebagai wanita beriman.

Saturday, December 26, 2009

Perempuan berkalung sorban


Sejauhmana Islam meletakkan seorang perempuan di mata dunia? Pernahkah soalan ini kita kemukakan di dalam hati??

Kita imbas semula perjalanan sebelum kedatangan Islam. wanita diletakkan di tangga yang terkebawah sekali. malah wwanita itu tidak punya hak di mata dunia kerana bagi kaum lelaki di waktu itu wanita hanya layak untuk melayan lelaki dan tiada faedahnya kecuali melahirkan anak.

Namun sebaik Islam muncul mertabat kaum wanita diangkat tinggi. walaupun begitu sebagai wanita kita jangan sesekali cuba melawan arus yang telah ditetapkan untuk kita.

Jangan sesekali mempersoalkan hak kita sebagai seorang wanita kerana Allah Maha Bijaksana. Dia tahu apa yang terbaik untuk hamba-hambaNya. Subhanallah...Maha Suci Allah yang menghidup dan mematikan.

Menelusuri sebuah filem yang menonjolkan wanita sebagai teraju utama, mata hati cuba dibuka, pintu kesedaran seakan diketuk lalu kunci pada kebebasan pada dunia memperlihatkan segalanya.

Perempuan berkalung sorban cuba membuka minda yang sering ditutup agar melihat ke persekitaran. Seorang wanita memperjuangkan haknya dimana dia sanggup melakukan apa saja sehingga suatu saat dia terlupa akan wujudnya dia di hari ini adalah kerana izin Allah. Dia lalai kerana cintanya diuji dan dia lupa bahawa Allah mengujinya kerana Allah menyayanginya.


Ujian demi ujian ditempuhi dan dia semakin kuat dalam memperjuangkan apa yang menjadi pegangannya selama ini. Akhirnya perjuangan membuahkan hasil yang lumayan. Berkat ketabahan dan usahanya dia mampu membuka mata keluarganya agar melihat dunia luar dan bukannya terperuk di takuk lama untuk selamanya.

Islam tidak pernah mengongkong kita dan membiarkan kita untuk berada di satu tahap untuk selama hayat. Islam menggalakkan kita untuk berusaha, berfikir, dan mencuba sesuatu yang baru. Tapi itu tidak bermakna Islam menginginkan kita jatuh dari landasan sebenar dan di ketika inilah akal yang dikurnia diguna sebaik mungkin. Guna akal untuk berfikir dan jangan biarkan nafsu terus bermaharajalela.