Monday, August 31, 2009

cinta ini

Bismillahirrahmanirrahim...

Cinta itu fitrah,dan setiap manusia tidak dapat lari drpada fitrah indah ciptaan Tuhan.

Cinta adalah perasaan yang mesti ada pada diri tiap2 manusia..ia laksana titisan hujan yang turun dari langit..bersih,dan suci..cuma tanahnyalah yang berlain-lainan menerimanya.




Jika ia jatuh ke tanah yang tandus,tumbuhlah daripada titisan itu...kedurjanaan...kedustaan...ketidakjujuran dan lain-lain perkara yang tercela.Tetapi jika ia jatuh ke tanah yang subur,di sana akan tumbuh kesucian hati,keikhlasan,setia budi pekerti yg tinggi dan lain-lain perkara yang terpuji....

Ya Allah..Ya Tuhan ku..campakkanlah cintaku ke tempatnya yang sebenar..

Ya Allah,



Jika aku jatuh cinta ya Allah,

Cintakanlah aku kepada seseorang yg melabuhkan cintanya pdMu
agar bertambah kekuatanku untuk menyintaimu..
Cintakanlah aku kpd sesorang yg sentiasa menjaga maruah peribadinya dan perhiasan dirinya..
agar terpelihara maruah dan keselamatan kami di dunia dan di padang mahsyar ketika meghadapMu kelak..

Jika aku jatuh hati ya Allah,
Izinkanlah aku untuk menyentuh hati seseorang yg hatinya tertaut pdMu
agar tidak terjatuh aku ke dalam jurang cinta nafsu...
Jagalah hatiku dan hatinya
agar tidak berpaling dari hatiMu..

Jika aku rindu ya Allah,
Rindukanlah aku pada seseorang yg sentiasa merinduimu dalam setiap saat hembusan nafasnya...
Agar terlepas kami drpd kerinduan kenikmatan duniawi yg melampau..
Agar dapat kami mengecapi nikmat kerinduan yg sebenar....

Ya Rabbana,
Jika kami dikurniakan nikmat cinta ini,
jangan biarkan kami melampaui batas sehingga melupakan kami kpd cinta hakiki dan rindu abadi hanya padaMu...
Jangan biarkan kami tertatih dan terjatuh dlm perjalanan panjang menyeru manusia kpdMu...
Tetapkanlah hati kami agar sentiasa menyusuri laluan yang diredhoiMu...

Amiiiinn..ya Rabbal a'lamin...



Kerana tapak iman itulah yang akan menemukan kembali cinta dan kebahagiaan hakiki yang selama ini semakin pudar...
kembalilah kepada Islam,kerana Islam itu indah,dan indahkanlah hidupmu dengannya..

Friday, August 28, 2009

albi nadak

albi nadak...seruan hatiku..begitulah tajuk lagu yang sering menjengah gegendang telinga saban hari.Lirik lagu begitu menyentuh perasaan..naluri seorang wanita berdetak..akan wujudkah cinta sebegini indah buat diriku??? Allahualam..jodoh pertemuan di tangan Tuhan..takdir yang tidak dapat dibaca oleh manusia selemah kita.

seringkali hati tertanya...adakah cinta sebegini indah wujud??? Di antara manusia dengan manusia mungkin ya tetapi di antara manusia dengan Tuhannya???

"Ya Allah jadikanlah aku dan mereka yang berada di sekeliling ku sebahagian daripada umat Mu yang menyerahkan seluruh cintanya kepada Mu..Wahai Tuhan yang maha pengasih lagi maha penyayang."

Manusia sentiasa lalai dalam menafsir erti cinta yang sebenar. Konon ingin mencari cinta sejati..namun adakah mereka sedari bahawasanya cinta yang sejati dan begitu indah dapat ditemui sekiranya diri mu didekatkan dengan Pencipta rasa cinta itu...

Allah s.w.t menganugerahkan perasaan sayang di dalam diri setiap kita agar kita dapat menyalurkan rasa sayang itu kepada mereka yang berada di sekeliling kita..betapa Islam agama yang mulia..menganjurkan agar kita berkasih kasihan antara satu sama lain.

Jadi janganlah kita mencemarkan satu anugerah yang terindah yang dikurniakan kepada kita dengan mencerobohi persempadanan yang telah digariskan antara kita.



Ya Allah
jika aku jatuh cinta,
cintakanlah aku pada seseorang
yang melabuhkan cintanya padaMu,
agar bertambah kekuatanku untuk menyintaiMu...

Ya Muhaimin,
jika aku jatuh hati,
izinkanlah aku menyentuh hati seseorang
yang hatinya tertaut padaMu,
agar tidak terjatuh aku dalam jurang cinta nafsu...

Ya Rabbana ,
jika aku jatuh hati,
jagalah hatiku padanya,
agar tidak berpaling daripada hatiMu.....

Ya Rabbul Izzati ,
jika aku rindu ,
rindukanlah aku pada seseorang
yang merindui syahid di jalan Mu....

Ya Allah ,
jika aku menikmati cinta kekasihMu,
janganlah kenikmatan itu
melebihi kenikmatan
indahnya bermunajat
di sepertiga malam terakhirMu...



Ya Allah ,
jika aku jatuh hati pada kekasihMu
jangan biarkan aku
tertatih dan terjatuh
dalam perjalanan panjang
menyeru manusia kepadaMu....

Ya Allah
jika Kau halalkan aku merindui kekasihMu,
jangan biarkan aku melampaui batas
sehingga melupakan aku
pada cinta hakiki
dan rindu abadi
hanya kepadaMu....

...Amin Ya Rabbal 'Aalamiin...

Sunday, August 23, 2009

Ramadhan nurkareem

Sekali lagi pintu ramadhan dibuka untuk semua umat Islam di seluruh dunia...bulan kenikmatan dan bulan yang sentiasa dirindui...entah dapatkah kita menempuhi ramadhan yang akan datang selepas berjaya melalui ramadhan yang ini..atau dapatkah kita menyempurnakan ramadhan kali ini??? mati itu pasti dan hidup insyaAllah..ajal maut jodoh pertemuan semuanya di tangan Allah..daripadaNya kita datang dan kepadaNya juga kita kembali..namun dapatkah kita kembali dalam keadaan yang suci???

Sejenak mari kita merenungi makna sebenar ramadhan dan apa yang Allah sediakan untuk kita di sebalik kerahmatan ramadhan.
Ramadhan bukan sekadar menahan diri daripada lapar dan dahaga tetapi juga ingin melatih kita untuk mengawal nafsu..nafsu membeli belah...nafsu untuk mengata...ingat...syaitan dan iblis memang akan diikat dan dirantai dengan api di neraka Jahannam...akan tetapi dua makhluk terkutuk itu meninggalkan anak didiknya agar manusia terus sesat...anak didiknya itulah yang kita gelar nafsu..nafsu akan berusaha agar kita lalai..agar kita lupa tentang makna sebenar ramadhan di mana kita dilatih supaya tidak terlalu boros berbelanja dan mengurangkan tabiat mengata orang lain.

Bila tiba bulan puasa seakan sudah menjadi tabiat semulajadi untuk kita berbelanja melebihi had...ramadhan setahun sekalikan...alasan yang tak munasabah langsung sedangkan kita tahu ramadhan adalah bulan di mana kita digalakkan untuk berjimat cermat.
Paling mudah untuk kita lihat ketika hampir masuk waktu berbuka..beraneka juadah terhidang sedangkan kita hanya mampu menjamah sepertiga daripada juadah tersebut manakala selebihnya menjadi santapan tong sampah. Inikah ramadhan bagi kita????
Mengapa tidak kita mengikut saja sunah Rasulullah s.a.w...baginda hanya menjamah sebiji kurma dan segelas air sebagai juadah berbuka??? Tidak perlu menjawab di sini kerana kita pasti punya alasan sendiri..adat manusia..hendak seribu daya tak hendak seribu dalih...tepuk dada tanya selera...

Saturday, August 22, 2009

Cantiknya wanita itu

Akal menilai kecantikan seorang wanita itu melalui kebijaksanaannya...
Nafsu menafsir kecantikan wanita dari sudut wajahnya..bentuk tubuhnya..
Manakala iman mengatakan bahawa wanita itu cantik kerana akhlaknya...

Di sini kita bukan ingin mengetahui bagaimana seorang lelaki menilai kecantikan wanita di sisinya atau melihat di mana letaknya kecantikan wanita yang sebenarnya...

Entry kali ini ingin membincangkan sejauh mana keinginan mampu membawa seorang wanita itu sehingga sanggup melakukan apa saja demi memnuhi permintaan hati.

Setiap dari kita tidak kira lelaki mahu pun wanita pasti ingin kelihatan cantik. Tidak salah berkeinginan sedemikian kerana Allah itu sendiri cantik dan sukakan kecantikan tetapi bagaimana keinginan untuk cantik itu telah membunuh seorang manusia bergelar wanita???

Wanita dilahirkan dengan sifat yang mahu kelihatan cantik di mata orang lain..pendek kata mereka sentiasa mahu menarik perhatian orang lain terutama orang yang mereka sayang. Lalu tanpa mahu memikirkan kesan di masa akan datang mereka mengambil keputusan untuk mengubah sesuatu yang telah ditakdirkan untuk mereka melalui pembedahan plastik.
Perlu diingat wahai saudara seagama sekalian bahawa mengubah sesuatu yang dicipta oleh Allah s.w.t adalah haram dan berdosa besar kerana sebagai hamba kita hanya layak menerima dan bukannaya mengubah. Kita tidak ada hak ke atas diri kita sendiri malah nyawa kita ini pun adalah semata-mata pinjaman daripada Allah.
Ramai yang mengetahui perkara ini tetapi masih mahu melakukan perkara yang sama...masyaAllah..bawa mengucap wahai saudara ku. Jadikan akal sihat kurniaan Tuhan itu dan fikirkan tentang kesannya ke atas diri kamu sendiri.

Kecantikan dan keindahan itu adalah suatu yang subjektif...pepatah inggeris ada menyatakan bahawa beauty lies on the eyes of the beholder..kecantikan lahir di mata seseorang yang melihatnya dan setiap dari kita punya pandangan yang berbeza tentang sesuatu. Bila orang lain mengatakan kita tidak cantik maka itu tidak bermakna kita tidak cantik di mata orang yang lain pula.
Tapi paling penting perwatakan kita memenuhi segala-galanya..akhlak yang baik mewarnai tutur kata dan peradaban seoarang muslimah. jagai adap dan kesopanan nescaya kita mampu menjadi yang cantik di mata manusia da di sisi Allah..insyaAllah.

Tuesday, August 11, 2009

Amarah yang terpendam

Sebagai manusia bias kita tidak dapat lari daripada perasaan marah. Ada antara kita yang dapat mengawalnya dengan bijak dan ada juga yang tidak dapat mengawalnya langsung.

Di sini ingin dikongsi bersam mengenai suatu cerita di mana seorang daripada nabi Allah mendapat satu mimpi yang mengandungi rahsia di sebaliknya. Salah satu daripada rangkaian mimpi tersebut adalah baginda akan berhadapan dengan bukit yang tinggi di dalam perjalanan baginda nanti. Baginda hendaklah melalui bukit tersebut. Semakin baginda mendekatinya semakin mengecil bukit itu lalu dengan perintah Allah baginda menelan bukit tersebut. Rasanya sungguh manis sekali. Allah menerangkan bahawa bukit itu adalah perasaan marah. Amarah apabila ditelan akan menjadi manis.

Sekiranya kita berupaya untuk menelan perasaan marah nescaya tiada perkara buruk rentetan pengluahan perasaan marah tadi tercetus antara kita dengan orang di sekeliling.

Marah adalah hasil pujukan syaitan sebenarnya. Apabila berada dalam keadaan marah kita tidak dapat melakukan pertimbangan dengan bijak dan di kala itulah syaitan akan memainkan peranan memujuk umat manusia untuk melanggar perintah Allah.

Suka dikongsi bersama adalh pesanan seorang pensyarah kepada semua anak didiknya...jangan membuat sebarang keputusan ketika berada dalam keadaan marah. Mengapa?? Ini adalah kerana akal di kala itu telah dikuasai nafsu maka yang membuat keputusan bukanlah bedasarkan akal bijak yang dikurnia Allah tetapi berbekalkan nafsu semata-mata.

Ingatlah tiada yang lebih baik sekiranya kita memandu hati kita untuk bersabar kerana sesungguhnya sabar itu separuh daripada iman.

Monday, August 3, 2009

Wanita Dan Tudungnya

pernahkah saudara berfikir sebab musabab mengapa Allah menggariskan beberapa panduan dan peraturan kepada umatnya yang bergelar perempuan??? Atau pernahkah saudara perempuan seislam berfikir akan hikmah di sebalik peraturan yang ditujukan khas buat kita???

Manusia semakin meningkat dewasa dan dunia semakin menunjukkan tanda-tanda keuzuran namun corak pemikiran yang ada semakin hari semakin melebarkan jalur pemisahan kita dengan Maha Pencipta seluruh alam.
Cuba kita renungkan dan fikirkan bersama akan salh dan silap kita. MAnusia yang telah dewasa dan matang pada hari ini lebih suka menunjukkan tanda kedewasaan itu tanpa mahu merenungkan erti dewasa itu sendiri. Manusia yang telah dewasa adalah mereka yang boleh menerima teguran lalu menimbangkannya sebelum melakukan anjakan paradigma berdasarkan hukum-hukum yang telah digariskan. Malangnya manusia di hari ini melakukan perubahan bukan atas akal fikiran yang matang tetapi berdasarkan nafsu semata-mata.

contoh yang lebih dekat yang boleh dibuat perbandingan adalah wanita dan tudungnya. Wanita..perempuan..gadis...adalah insan yang dikurniakan kelembutan serta beberapa ciri untuk membezakan mereka dengan kaum Adam. ciri-ciri itu harus dijaga untuk memartabatkan maruah kiat sebagai muslimah di mata seorang lelaki. Namun corak perlakuan wanita pada hari ini semakin mengelirukan apabila ada di antara mereka cuba untuk menjejaki langkah kaum wanita Quraisy di zaman dulu kala. Pendedahan aurat bukan lagi satu masalah besar buat mereka...perlakuan sumbang bertepuk tampar dengan kaum bukan sejenis bgaikan satu budaya...dan paling menyedihkan apabila ada yang tanpa segan dan silu kepada Allah Yang Maha Kuasa melahirkan anak di luar nikah. Apakah ini yang diertikan sebagai dewasa bagi mereka????

Peraturan Allah sungguh mudah malah memberi manfaat kepada hamba-hambaNya. Allah itu MAha Penyayang lagi MAha Pengasih...peraturan dan ketetapan yang digariskan buat kaum Hawa adalah untuk menjaga kaum itu sendiri. Misalnya menutup aurat. Bila kita laksanakan pemakaian tudung yang sempurna insyaAllah kita akan terhindar daripada fitnah..umpat keji...dan terhindar jauh daripada menjadi mangsa jenayah manusia yang bergelar lelaki. Selain itu pemakain tudung yang lengkap sebenarnya menjaga maruah dan keistimewaan seorang wanita. Bila kita menyembunyikan rambut daripada tontonan bukan muhrim kita sebenarnya memberi kelebihan kepada muhrim kita kerana hanya mereka yang dapat melihat aurat kita. Bukankah itu suatu yang indah???

JAdi kaum Hawa sekalian apalah salahnya jika kita menjaga keistimewaan yang dikurnia kepada kita dan berdoa semoga kita mendapat keredhaan daripadaNya.