Wednesday, March 25, 2009

Nawaitu

Apa yang dimaksudkan dengan 'Nawaitu'? Ia sebenarnya adalah niat yang hadir di dalam hati tatkal kita ingin melakukan sesuatu. Nawaitu bergantung kepada diri kita sama ada ikhlas ataupun tidak. Biasanya nawaitu yang ikhlas inyaAllah akan dimakbulkan Allah. Tak percaya...? Cuba praktis...
Suka dikongsi bersama adalah tentang keihklasan kita dalam melakukan sesuatu. Contoh paling jelas dan dapat dilihat oleh semua orang tentulah dalam politik negara. Bukan ingin memburukkan atau mengata tentang sesiapa tetapi perkara ini sudah terang lagikan bersuluh.
Mari kita imbas semula politik di zaman allayarham Tunku Abdul Rahman. Bagaimana kejayaan yang dikecapi dapat dinikmati oleh semua pihak tidak kira melayu, cina, ataupun india. Semua dapat merasakan perkara yang sama. Mengapa ini berlaku? Ini adalah kerana niat baginda ketika itu ingin membebaskan Tanah Melayu daripada genggaman British. Niat yang tulus dan ikhlas untuk membantu rakyat telah membawa kejayaan kepada Tanah Melayu. Akhirnya kita mengecapi kemerdekaan yang sekian lama diidamkan.
Sekarang lihatlah permainan politik yang berlaku di dalam negara. Setiap parti politik saling memburukkan satu sama lain dan tidak kurang yang cuba menjadi duri di dalam daging. Politik wang menjadi tunggak permainan...kekuasaan menjadi idaman...dan akhirnya rakyat menderita. Mengapa ini yang berlaku sedangkan negara sudah sepatutnya telah matang di dalam perkara ini? Jawapan yang jelas adalah nawaitu yang tertanam di dalam diri. menjadi menteri bukan ingin membatu rakyat tetapi sebaliknya mengidamkan kuasa...pangkat..dan nama yang ditawarkan. Jadi tidak hairanlah politik di dalam negara semakin menunjukkan kepincangannya.
Secara konklusinya...nawaitu memainkan peranan yang paling penting di dalam hidup kita. Jadi pasanglah nawaitu yang betul...ikhlas..dan jangan lupa doa kepada Yang Maha Esa agar setiap pekerjaan dipermudahkannya...amin.

Pahitnya peria...

Manusia..makhluk Tuhan yang lemah tidak akan dapat lari dari dilanda masalah. Malah manusia yang telah meninggal dunia turut mempunyai masalah. Kita yang masih hidup mempunyai masalah dengan kehidupan sendiri...mereka yang telah meninggal dunia terpaksa berdepan dengan malaikat Allah dan menjawab segala persoalan tentang amalan di dunia semasa hidupnya. Itu pun dikira sebagai masalah juga apabila kita tidak dapat menjawab soalan yang dikemukakan oleh Munkar dan Nakir.
Walaupun menyedari hakikat ini namun manusia sering kali merungut tentang maslah dan musibah yang mereka hadapi. Seringkali terdengar keluhan tanda sesalan...rungutan tentang masalah yang dihadapi tanpa melihat jauh ke dalam dan mencari punca masalah tersebut. Bagi mereka yang dilanda musibah..kemalangan misalnya...menggunakan pelbagai alasan bagi menutupi kesilapan yang telah mereka lakukan. Mereka yang ditimpa bencana pula menjadikan takdir sebagai alasan untuk menyedapkan diri sendiri.
Sama ada kita sedar atau tidak...sebenarnya masalah itu ada hikmah atau kebaikan yang tersembunyi di sebaliknya. Andaikan masalah itu sebagai peria. Walaupun rasanya pahit namun di sebalik rasa pahit itu terselit manfaat iaitu vitamin dan segala zat yang baik untuk sistem tubuh. Cuba renungkan kembali...selepas dapat menyelesaikan satu masalah kita akan berasa lebih dewasa dan matang. Kadang kala masalah atau musibah yang kita hadapi itu menjadi satu peringatan kepada kita agar jangan mengulangi kesilapan yang sama dalam hidup ini.

Tuesday, March 24, 2009

Cinta

Cinta adalah perasaan luhur yang lahir dari sanubari. Sering kali terdengar manusia berkata..."cinta itu buta dan mampu membutakan..." Kata-kata ini tidak dapat dinafikan kerana sesungguhnya manusia yang sedang dilamun cinta tidak dapat melihat diri sebenar manusia yang dicintainya kerana telah hanyut dalam perasaan sendiri.
Namun begitu, bagaimana dengan cinta kita kepada Allah? Sekiranya kita menyerahkan cinta kepada Allah nescaya kita tidak akan lari daripada keredhaannya. Ini adalah kerana tiada lain di mata dan hati kita melainkan Dia.
" pertama...letakkanlah Allah sebagai yang utama di dalam hidupmu
kerana Dia adalah Pencipta dan Pemilik Seluruh alam serta isi kehidupannya,
kedua...cintai Rasulullah s.a.w sebagaimana baginda mencintai kita umatnya,
ketiga...cintai dirimu sendiri agar kau sentiasa memilih yang terbaik untuk dirimu sendiri,
keempat....cintai orang lain seperti mana mereka mencintaimu..."

jalinan kehidupan

Tiada yang sempurna di dalam hidup ini melainkan Dia Yang Maha Esa. Ramai yang tahu tentang hakikat ini namun sering kali ada terdengar nada keluhan dan sesalan tentang hidup sendiri. Mengapa.. ? kerana mereka yang sering mengeluh tentang kekurangan dan kelemahan diri adalah mereka yang tidak tahu bersyukur.
Setiap dari kita tidak akan lari daripada masalah berkenaan hidup. Sama ada dia miskin atau kaya..cantik atau hodoh...kenyataannya semua manusia adalah sama. Paling penting untuk kita ketahui dan sedari...kita semua sama di sisi Allah...hanya yang membezakan adalah amalan kita.
Manusia makhluk Tuhan yang lemah..walau dianugerahi akal untuk berfikir namun manusia tidak dapat lari dari melakukan kesilapan. Jadi bimbinglah diri kita menuju ke arah keredhaanNya kerana tanpa Dia kita bukan siapa- siapa...