Saturday, December 26, 2009

Perempuan berkalung sorban


Sejauhmana Islam meletakkan seorang perempuan di mata dunia? Pernahkah soalan ini kita kemukakan di dalam hati??

Kita imbas semula perjalanan sebelum kedatangan Islam. wanita diletakkan di tangga yang terkebawah sekali. malah wwanita itu tidak punya hak di mata dunia kerana bagi kaum lelaki di waktu itu wanita hanya layak untuk melayan lelaki dan tiada faedahnya kecuali melahirkan anak.

Namun sebaik Islam muncul mertabat kaum wanita diangkat tinggi. walaupun begitu sebagai wanita kita jangan sesekali cuba melawan arus yang telah ditetapkan untuk kita.

Jangan sesekali mempersoalkan hak kita sebagai seorang wanita kerana Allah Maha Bijaksana. Dia tahu apa yang terbaik untuk hamba-hambaNya. Subhanallah...Maha Suci Allah yang menghidup dan mematikan.

Menelusuri sebuah filem yang menonjolkan wanita sebagai teraju utama, mata hati cuba dibuka, pintu kesedaran seakan diketuk lalu kunci pada kebebasan pada dunia memperlihatkan segalanya.

Perempuan berkalung sorban cuba membuka minda yang sering ditutup agar melihat ke persekitaran. Seorang wanita memperjuangkan haknya dimana dia sanggup melakukan apa saja sehingga suatu saat dia terlupa akan wujudnya dia di hari ini adalah kerana izin Allah. Dia lalai kerana cintanya diuji dan dia lupa bahawa Allah mengujinya kerana Allah menyayanginya.


Ujian demi ujian ditempuhi dan dia semakin kuat dalam memperjuangkan apa yang menjadi pegangannya selama ini. Akhirnya perjuangan membuahkan hasil yang lumayan. Berkat ketabahan dan usahanya dia mampu membuka mata keluarganya agar melihat dunia luar dan bukannya terperuk di takuk lama untuk selamanya.

Islam tidak pernah mengongkong kita dan membiarkan kita untuk berada di satu tahap untuk selama hayat. Islam menggalakkan kita untuk berusaha, berfikir, dan mencuba sesuatu yang baru. Tapi itu tidak bermakna Islam menginginkan kita jatuh dari landasan sebenar dan di ketika inilah akal yang dikurnia diguna sebaik mungkin. Guna akal untuk berfikir dan jangan biarkan nafsu terus bermaharajalela.

No comments: