Wednesday, November 11, 2009

Melihat..mendengar..tetapi tidak berbuat apa-apa

Zahirnya manusia..lahir dengan perasaan takut…ia bukanlah suatu rasa yang tidak baik..malah kita sebagai umat Islam diwajibkan untuk menyerapkan rasa takut pada Ya Rabb.

Tapi malang..rasa takut itulah juga yang membelenggu sehingga kita tidak mampu untuk menangkis setiap hujanan kata-kata dan perlakuan yang salah.



Fokus utama tentulah umat Islam itu sendiri..tidak perlu jauh untuk mencari kerana di persekitar sekarang penuh dengan manusia (umat Islam) yang hanya tahu bercakap tetapi tidak mahu bertindak.
Aneh rasanya bilamana orang di sebelah asyik mengerah kita untuk mengutarakan pendapatnya…ditekankan di sini..pendapatnya…

Dia punya pendapat tentang topik yang diperbincangkan tetapi tidak mahu mengutarakan kepada ahli dewan…dia punya permasalahan yang patutnya dikongsi bersama agar mereka yang tidak tahu menjadi tahu…tetapi dia tidak mahu mengeluarkan suara emasnya. Hanya tahu berbisik mengeluarkan pendangannya kepada orang di sebelah.



Lalu bila kekejaman berlaku di depan matanya dia hanya tahu berkata..

"patutnya dia tidak buat begitu"

"Islam menggariskan begini….tetapi mengapa..."

Begitulah dia…mereka..dan kita pada hari ini. Hanya mahu menjadi seperti lalat yang berterbangan mengeluarkan bunyi yang bising tetapi bila disuruh bertindak mula lah mencari tempat untuk bersembunyi.

Patutlah orang suka menggelarkan kita hanya layak duduk di meja kedai kopi dan bukan duduk di kerusi parlimen kerana apa…kerana suara kita hanya layak didengar oleh mereka-mereka yang juga seperti kita.

Bila ada yang bangkit mengeluarkan suara pantas ditikam dengan ujaran-ujaran yang tidak sepatutnya. Bukan hendak menyokong tetapi cuba pula dijatuhkan. Masyaallah…umat Islamkah ini??

Manusia fitrahnya mempunyai akal yang dikurnia supaya kita berfikir…tidak salah mengeluarkan pendapat atau pandangan tetapi biarlah pandangan dan pendapat itu didengar oleh mereka yang sepatutnya agar tindakan selanjutnya dapat diambil.

Ini tidak..pemikiran dan tafsiran pendapat dibiarkan berlegar-legar di kepala dan dikeluarkan bila ada perbincangan di meja kedai kopi. Begitulah masyarakat Islam di saat ini. Lebih suka menjadi manusia di sebalik tabir.



"ah itu bukan masalah kita"
"lebih baik jangan masuk campur nanti kita juga yang susah"

Lebih teruk lagi jika manusia tadi menciptakan topeng di mukanya. Di depan si A dia berhujah menyalahkan si B. di depan c B pula dia berhujah menyalahkan si A. begitulah dan seterusnya.

Kesimpulan, jadilah manusia yang mampu bangun untuk membetulkan kesilapan bukannya membiarkan kesilapan terus menjadi warisan.

No comments:

Post a Comment