Wednesday, November 11, 2009

Hapuskan keangkuhanmu

Manusia..jika kau merasa diri mu hebat..pandanglah ke atas..kau akan melihat betapa tingginya langit itu dan tidak mungkin dapat digapai dengan tanganmu.
Dan jika kau merasa diri mu rendah..pandanglah ke bawah..ada yang lebih rendah dari mu..jadi kau akan lebih menghargai apa yang kau miliki di kala ini.


Tapi manusia tetap makhluk Tuhan yang tidak tahu bersyukur…selalu merasa angkuh dengan apa yang dia ada sedangkan dia tahu bahawa Allahuakbar.

Pendengaran sering mendengar kata-kata angkuh itu dan mata pandangan sentiasa menafikan apa yang diucapkan…begitu baguskah diri mu sehingga kau mengangkat darjat mu setinggi langit…kau mengaku tetapi kau tidak memberikan sebarang bukti…dan nyata kau hanya mampu berkata-kata.

Hinanya kita sebagai manusia kerana walau dunia semakin tua kita masih tidak sedar dari lena walau telah dikejutkan berulangkali dengan kejadian yang membinasa.

Ada manusia yang mengakui dirinya alim..tahu tentang hal agama…bangga bersekolah di sekolah agama tetapi hatinya busuk..penuh dengan dosa…kata tidak serupa bikin…alimnya hanya pada pandangan manusia.


Tapi tiada guna kerana Allah tidak melihat pada paras rupa..Allah tidak melihat harta kekayaan…Allah tidak melihat apa yang kau miliki. Allah hanya melihat pada hatimu…dan Allah tidak memerlukan kepura-puraan kerana Dia Maha Mengetahui luar dan dalam mu.

Hapuskanlah keangkuhan mu..pulanglah ke pangkuan Allah…jangan mencari di saat kau memerlukan sahaja kerana Allah sentiasa bersama di setiap langakah mu. Allah tidak pernah lupa bahkan manusia lah yang sering melupakanNya.

No comments:

Post a Comment