Saturday, October 31, 2009

Syukur ku

Dewasa ini terlalu banyak kenikmatan yang kita kecapi..nikmat pembangunan..nikmat kesihatan..nikmat harta kekayaan…rupa paras..dan segala yang dimilki pada hari ini..
Namun berbanding dengan semua harta dunia itu..ada yang lebih berharga bagi umat Islam kerana masih dikurniakan nikmat iman dan Islam..tetapi..seberapa banyak dari kita yang bersyukur atas kurniaanNya??




Ucapan alhamdulillah begitu sukar meniti di bibir jika dibandingkan dengan ucapan kata-kata cinta yang entah apa-apa kepada manusia lain…sujud syukur terlalu payah dilaksanakan berbanding kunjungan ke tempat-tempat maksiat seperti kelab-kelab malam dan sebagainya.

Iman hanya senipis kulit bawang tetapi mahu menegur kesilapan orang lain..dan yang ditegur pula angkuh menepis kata-kata dakwah. Tidak salah menegur kerana kita sudah diangkat oleh Allah s.w.t untuk menjadi khalifah di muka bumi ini…ilmu yang kita ada mungkin tidak sama dengan ilmu yang sahabat kita miliki jadi tiada salah berkongsi. Tapi mengapa perlu angkuh dengan apa yang kita ada??

Terima setiap teguran dengan hati yang terbuka..mungkin betul apa yang ditegur dan mungkin juga silap tetapi tiada salah sekiranya kita mendengar teguran tersebut. Sahabat mungkin melihat kesilapan yang kita perbuat tanpa kita sendiri sedari..jadi bukalah hati mu untuk menerima..bukalah minda mu untuk berfikir..bukankah Allah s.w.t sudah mengurniakan akal kepada kita??



Nikmat Islam..janganlah jadi manusia yang sombong..jangan jadikan agama sebagai benteng untuk mempertahankan diri kerana kitalah yang perlu mempertahankan agama dan bukan sebaliknya. Jangan juga menjadi manusia yang meletakkan agama hanya sekadar pada nama.

Jika ditanya, "apa agama mu?"
Lantas kau menjawab, "Islam"

Tapi sejauh mana kita menghayati perkataan Islam itu sendiri. Mahu mengaku sebagai Islam tetapi malu melakukan suruhan Islam..jadi fikirlah..layakkah kita menggelarkan diri sebagai Islam??

Cuba kita imbas kembali perjuangan Rasulullah s.a.w dan para sahabat dalam mempertahankan Islam ketika zaman jahiliah. Menitis airmata ini mengenangkannya…menangis bukan kerana mengimbas kematian para sahabat kerana mereka sudah pasti dijanjikan syurga oleh Yang Maha Kuasa…tetapi airmata ini mengalir kerana melihat ramainya antara kita tidak menghargai perjuangan itu.

Menghargai bukan sekadar mengingati…tetapi menghargai apa yang diberi oleh Rasulullah dan sahabat dengan meneruskan perjuanagan mereka..jalanilah kehidupan sebagai seorang Islam bukan berdiri di balik nama Islam semata-mata.


berdoalah semoga kita menjadi sebhagian daripada hambaNya yang soleh dan solehah..insyaAllah

No comments:

Post a Comment