Thursday, September 24, 2009

Undang-undang dan Islam

Undang-undang jika ditakrifkan membawa maksud satu system peraturan atau norma yang cuba diikuti oleh suatu masyarakat.

Dalam sesebuah masyarakat pasti wujudnya peraturan yang menggariskan beberapa perkara yang harus dilakukan dan beberapa perbuatan yang harus dielakkan daripada dilakukan.

Walaubagaimana pun undang-undang yang dicipta oleh manusia tidak akan dapat menandingi undang-undang yang telah ditetapkan oleh Allah s.w.t.

Undang-undang Islam yang telah digariskan sebgai balasan di atas kesalahan jenayah yang dilakukan oleh sesorang bukan bertujuan untuk menghukum tetapi untuk menyedarkan manusia itu sendiri.

Tiada gunanya menghukum andai di masa akan datang kesalahan itu diulanginya. Jenayah mencuri misalnya ditetapkan hukuman potong tangan sebagai balasan agar si pesalah sedar bahawa tangan dijadikan Allah bukan untuk mengambil hak orang lain tetapi untuk beramal ibadah kepada Allah.

Pernah suatu ketika hukum hudud ingin diwujudkan namun berlaku pertegangan antara masyarakat. Ironinya yang menentang itu adalah orang islam sendiri. Mengapa???
Orang cina mahupun India tidak akan menentang kerana hukum hudud tidak melibatkan mereka. Hukum hudud hanya akan melibatkan orang islam sahaja. Umat Islam masih belum memahami hukum Islam itu dan disebabkan itulah ramai yang menentang. Mereka takut sekiranya undang-undang ini dilaksanakan maka ramai antara kita yang akan menerima hukumannya.

Sebenarnya masih banyak yang perlu kita ketahui dan dalami tentang hukuman yang ditetapkan oleh Allah di dalam undang-undang Nya. Undang-undang Islam tidak semudah menjatuhkan hukuman sahaja malah ia lebih daripada itu. Jika diselamai dan difahami maka kita pasti akan menemui sesuatu yang berharga yang tersembunyi di dalamnya. Semua memberi manfaat kepada kita, umat islam itu sendiri. Lebih banyak manis daripada pahitnya kerana Allah itu Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.

Hukum yang ditetapkan di dalam undang-undang Islam tidak akan dilaksanakan andai tiada persetujuan daripada si pesalah kerana hukuman yang dijatuhkan seperti yang telah dinyatakan di atas adalah bertujuan untuk memberi kesedaran dan bukannya menghukum semata-mata. Jadi mengapa tidak kita laksanakan saja undang-undang Islam ini di dalam Negara???

No comments:

Post a Comment