Tuesday, August 11, 2009

Amarah yang terpendam

Sebagai manusia bias kita tidak dapat lari daripada perasaan marah. Ada antara kita yang dapat mengawalnya dengan bijak dan ada juga yang tidak dapat mengawalnya langsung.

Di sini ingin dikongsi bersam mengenai suatu cerita di mana seorang daripada nabi Allah mendapat satu mimpi yang mengandungi rahsia di sebaliknya. Salah satu daripada rangkaian mimpi tersebut adalah baginda akan berhadapan dengan bukit yang tinggi di dalam perjalanan baginda nanti. Baginda hendaklah melalui bukit tersebut. Semakin baginda mendekatinya semakin mengecil bukit itu lalu dengan perintah Allah baginda menelan bukit tersebut. Rasanya sungguh manis sekali. Allah menerangkan bahawa bukit itu adalah perasaan marah. Amarah apabila ditelan akan menjadi manis.

Sekiranya kita berupaya untuk menelan perasaan marah nescaya tiada perkara buruk rentetan pengluahan perasaan marah tadi tercetus antara kita dengan orang di sekeliling.

Marah adalah hasil pujukan syaitan sebenarnya. Apabila berada dalam keadaan marah kita tidak dapat melakukan pertimbangan dengan bijak dan di kala itulah syaitan akan memainkan peranan memujuk umat manusia untuk melanggar perintah Allah.

Suka dikongsi bersama adalh pesanan seorang pensyarah kepada semua anak didiknya...jangan membuat sebarang keputusan ketika berada dalam keadaan marah. Mengapa?? Ini adalah kerana akal di kala itu telah dikuasai nafsu maka yang membuat keputusan bukanlah bedasarkan akal bijak yang dikurnia Allah tetapi berbekalkan nafsu semata-mata.

Ingatlah tiada yang lebih baik sekiranya kita memandu hati kita untuk bersabar kerana sesungguhnya sabar itu separuh daripada iman.

No comments:

Post a Comment