Saturday, July 11, 2009

Hendak seribu daya...

Pernah dengar pepatah 'hendak sribu daya, tak hendak seribu dalih'? Maksudnya seseorang itu akan melakukan apa saja untuk mencapai apa yang dikehendaki dan akan memberi seribu satu macam alasan jikalau tidak mahu malakukan suruhan orang lain.
Inilah yang dapat dilihat dalam diri setiap manusia di saat ini. Bukan hendak mengata tetapi itulah kebenarannya. Masyarakat pada hari ini lebih mementingkan imbalan yang bakal diperolehi berbanding pahala.
Mereka lebih senang menikmati balasan hasil kerja mereka di dunia tanpa memikirkan bahawa ada yang lebih penting dari itu...niat ikhlas dan pahala yang dikurnia Allah, Tuhan Yang Maha Esa.
Menelusuri perspektif di bawah kunci kata...' hendak seribu daya. tak hendak seribu dalih'...saya ingin membawa semua untuk membuka minda tentang apa yang sedang berlaku di sekitar kita pada masa dan ketika ini.
Contoh paling jelas yang ingin diperlihatkan di sini adalah tentang sikap sesetengah guru dan bakal guru. Seperti yang semua sedia maklum guru adalah tunggak utama di dalam pembentukan diri seorang kanak-kanak dan belia. Namun sejauh manakah seorang guru dapat memikul tanggungjawab seperti yang diamanahkan tanpa mempedulikan diri mereka sendiri?
Dunia pada hari ini lebih mengira hasil dapatan lebih daripada dapatan itu sendiri. Kebanyakan guru yang dilahirkan bukan ingin menjadi seorang guru yang dapat mendidik seribu insan tetapi guru yang dilahirkan pada hari ini adalah mereka yang ingin lari daripada menjadi seorang penganggur.
Jadi tidak hairanlah semakin rama belia di luar sana hilag rasa hormat terhadap guru mereka.

1 comment:

khairaummah said...

"Kebanyakan guru yang dilahirkan bukan ingin menjadi seorang guru yang dapat mendidik seribu insan tetapi guru yang dilahirkan pada hari ini adalah mereka yang ingin lari daripada menjadi seorang penganggur"

Sangat tertarik with that para. Bukan menghukum, tapi sekadar merenung. Siapalah kita tanpa guru-guru. Sampai hari ini cita-cita menjadi guru masih tersimpan di hati.

Ya Allah, muliakanlah guru-guru kami...ameen.