Tuesday, May 19, 2009

Suratan atau kebetulan?

Selepas digegarkan dengan virus selsema burung kini muncul pula virus pembunuh yang baru...H1N1, Swine Flu atau lebih sinonimnya dengan nama selsema khinzir. Peliknya Swine Flu mula dikenal pasti di negara-negara maju yang pastinya gah di mata dunia. Di mana silapnya sehingga virus pembunuh begitu mudah merebak di negara-negara yang sudah tentunya punyai teknologi untuk mengesan sebarang virus pembunuh yang mampu mengugat keamanan negara masing-masing?
Cuba kita selami di sebalik kemunculan virus-virus pembunuh ini. Sebenarnya ada yang cuba ditunjukkan agar kita melihat dengan hati yang mula hitam dengan kejayaan. Di sebalik kejayaan yang diperolehi manusia mulai lupa akan wujudnya satu kuasa yang lebih besar dan mampu menghancurkan manusia dalam sekelip mata sahaja.
Kealpaan dan kelekaan dalam mengejar impian negara atau lebih tepat impian sendiri sering membuat kita lupa tentang wujudnya Dia Yang Maha Kuasa. Jadi tidak mustahil Allah menunjukkan kuasanya dengan mencampakkan virus tersebut.
Ingatlah tiada yang lebih berkuasa melainkan Allan subhanhuwataalah.

No comments: