Wednesday, March 25, 2009

Pahitnya peria...

Manusia..makhluk Tuhan yang lemah tidak akan dapat lari dari dilanda masalah. Malah manusia yang telah meninggal dunia turut mempunyai masalah. Kita yang masih hidup mempunyai masalah dengan kehidupan sendiri...mereka yang telah meninggal dunia terpaksa berdepan dengan malaikat Allah dan menjawab segala persoalan tentang amalan di dunia semasa hidupnya. Itu pun dikira sebagai masalah juga apabila kita tidak dapat menjawab soalan yang dikemukakan oleh Munkar dan Nakir.
Walaupun menyedari hakikat ini namun manusia sering kali merungut tentang maslah dan musibah yang mereka hadapi. Seringkali terdengar keluhan tanda sesalan...rungutan tentang masalah yang dihadapi tanpa melihat jauh ke dalam dan mencari punca masalah tersebut. Bagi mereka yang dilanda musibah..kemalangan misalnya...menggunakan pelbagai alasan bagi menutupi kesilapan yang telah mereka lakukan. Mereka yang ditimpa bencana pula menjadikan takdir sebagai alasan untuk menyedapkan diri sendiri.
Sama ada kita sedar atau tidak...sebenarnya masalah itu ada hikmah atau kebaikan yang tersembunyi di sebaliknya. Andaikan masalah itu sebagai peria. Walaupun rasanya pahit namun di sebalik rasa pahit itu terselit manfaat iaitu vitamin dan segala zat yang baik untuk sistem tubuh. Cuba renungkan kembali...selepas dapat menyelesaikan satu masalah kita akan berasa lebih dewasa dan matang. Kadang kala masalah atau musibah yang kita hadapi itu menjadi satu peringatan kepada kita agar jangan mengulangi kesilapan yang sama dalam hidup ini.

2 comments: