Wednesday, March 25, 2009

Nawaitu

Apa yang dimaksudkan dengan 'Nawaitu'? Ia sebenarnya adalah niat yang hadir di dalam hati tatkal kita ingin melakukan sesuatu. Nawaitu bergantung kepada diri kita sama ada ikhlas ataupun tidak. Biasanya nawaitu yang ikhlas inyaAllah akan dimakbulkan Allah. Tak percaya...? Cuba praktis...
Suka dikongsi bersama adalah tentang keihklasan kita dalam melakukan sesuatu. Contoh paling jelas dan dapat dilihat oleh semua orang tentulah dalam politik negara. Bukan ingin memburukkan atau mengata tentang sesiapa tetapi perkara ini sudah terang lagikan bersuluh.
Mari kita imbas semula politik di zaman allayarham Tunku Abdul Rahman. Bagaimana kejayaan yang dikecapi dapat dinikmati oleh semua pihak tidak kira melayu, cina, ataupun india. Semua dapat merasakan perkara yang sama. Mengapa ini berlaku? Ini adalah kerana niat baginda ketika itu ingin membebaskan Tanah Melayu daripada genggaman British. Niat yang tulus dan ikhlas untuk membantu rakyat telah membawa kejayaan kepada Tanah Melayu. Akhirnya kita mengecapi kemerdekaan yang sekian lama diidamkan.
Sekarang lihatlah permainan politik yang berlaku di dalam negara. Setiap parti politik saling memburukkan satu sama lain dan tidak kurang yang cuba menjadi duri di dalam daging. Politik wang menjadi tunggak permainan...kekuasaan menjadi idaman...dan akhirnya rakyat menderita. Mengapa ini yang berlaku sedangkan negara sudah sepatutnya telah matang di dalam perkara ini? Jawapan yang jelas adalah nawaitu yang tertanam di dalam diri. menjadi menteri bukan ingin membatu rakyat tetapi sebaliknya mengidamkan kuasa...pangkat..dan nama yang ditawarkan. Jadi tidak hairanlah politik di dalam negara semakin menunjukkan kepincangannya.
Secara konklusinya...nawaitu memainkan peranan yang paling penting di dalam hidup kita. Jadi pasanglah nawaitu yang betul...ikhlas..dan jangan lupa doa kepada Yang Maha Esa agar setiap pekerjaan dipermudahkannya...amin.

No comments:

Post a Comment